Buat pertama kali, kumpulan Manjakelat berada di kedudukan akhir pada minggu ketiga program Mega Spontan 2023 yang berlangsung pada Jumaat lalu dan terpaksa menjalani hukuman dalam Bilik Mega Merenjis.

Menurut ketua kumpulan, pelakon Adlin Aman Ramlie, dia tidak menjangka Manjakelat akan berada di tempat terakhir memandangkan mereka telah melakukan yang terbaik pada minggu itu.

“Kita terkejut dapat nombor empat… tapi yela ada beberapa faktor sebab ada juri profesional dan orang awam. Saya tak tahu yang mana kurang.

“Saya rasa dari segi perkembangan, Manjakelat kali ini persembahan yang terbaik sepanjang minggu. Walaupun kita ditakdirkan untuk tempat keempat, tapi kita berjaya cabarkan diri dan akan kembali lebih kuat,” katanya kepada Gempak.

Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk menanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.

Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Majakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Campaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.

Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.

Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahu pun kumpulan.

Minggu ketiga menyaksikan kerajaan Srivijanda masih berada pada kedudukan pertama manakala Manjakelat ditempat terakhir dan Langkataksuka berjaya mendapatkan immuniti ketika di segmen akhir.

Jadi disebabkan itu, Manjakelat terpaksa memasuki Bilik Mega Merenjis bagi menjalani hukuman buat pertama kali.

Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).

Untuk pilihan fleksible, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.

Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati Mega Spontan di Astro.