#MEGASPONTAN2023: Menang Buat Kali Pertama, Majakelat Akhirnya ‘Benamkan’ Kejohanan Berturut-Turut Srivijanda
Izwan Isa
24/06/2023 01:50 MYT
24/06/2023 01:50 MYT
Sekali lagi, kesemua ahli kumpulan Majakelat, Srivijanda dan Champaktakjauh boleh menarik nafas legas apabila tiada penyingkiran yang diumumkan pada minggu keenam Mega Spontan 2023.
Begitupun, buat pertama kali Majakelat berjaya menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 36.69 peratus, membenamkan kejayaan Srivijanda yang sebelum ini sentiasa berada di kedudukan pertama.
Joey Daud mewakili Majakelat berkata, dia dan anggota kumpulan lain menzahirkan rasa bersyukur di atas kemenangan yang tidak disangka ini.
BACA: #MEGASPONTAN2023 : Langkataksuka Terima Kekalahan, Anggap Bukan Rezeki Punca Tersingkir - “Mungkin Dari Segi Pemarkahan Itu Kami Agak…”
“Masya-Allah, tiada kata-kata. Pertama kami berasa bersyukur. Mungkin kemenangan ini disebabkan usaha kami bersama, selain tidak pernah selesa sepanjang menyertai program ini.
“Kejayaan ini juga mungkin berkat team work yang ada dalam kalangan anggota kumpulan sehingga membuahkan hasil yang amat kami banggakan,” katanya lagi.
Pada akhir segmen, Majakelat yang menerima imuniti telah menyerahkan imuniti tersebut kepada Champaktakjauh.
Ditanya kenapa berbuat demikian, Joey berkata: “Sebab Srivijanda sahaja lagi yang tak pernah masuk ke bilik renjis!” katanya sambil tertawa.
Pada malam berkenaan, kumpulan Srivijanda yang menduduki tempat kedua menerima markah sebanyak 34.09 peratus manakala Champaktakjauh pula di posisi ketiga dengan markah 29.22 peratus.
Pada minggu ini juga, Aya dilihat kembali beraksi, sungguhpun mendakwa sebelum ini mahu menarik diri. Datuk Jalaluddin Hassan pula tidak dapat beraksi atas masalah kesihatan dan tempat beliau digantikan oleh Roy Azman.
Mega Spontan 2023 dihoskan oleh Sherry Alhadad manakala Amir Raja Lawak pula bertindak sebagai pengacara bersama untuk bertanyakan soalan-soalan panas kepada setiap kumpulan.
Turut disertakan barisan mentor yang digalas Zizan Razak yang mewakili kerajaan Manjakelat, Douglas Lim untuk kerajaan Champaktakjauh, Sabri Yunus untuk kerajaan Langkataksuka serta Kamal Adli untuk kerajaan Srivijanda.
Gerak-geri setiap pemain pula akan dinilai oleh Datuk Afdlin Shauki sebagai Game Master.
Afdlin akan menentukan peraturan setiap permainan serta mempunyai kuasa mutlak dalam pemilihan pemenang, hukuman buat kumpulan yang tercorot dan pemberian Immuniti kepada pemain mahupun kumpulan.
Mega Spontan bersiara secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang setiap Jumaat, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107).
BACA: #MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”
Untuk pilihan fleksibel, strim rancangan ini melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama.