Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"Melayan Mawar Punya Mengidam" - Raf Yaakob Dedah Dugaan Yang Dialami Melayan Mawar Rashid

Rozaimi Zubaidi 25/02/2019 | 03:11 MYT
Pelakon dan suami kepada aktres Mawar Rashid, Raf Yaakob mengakui sukar untuk mengawal berat badannya selepas isterinya disahkan hamil.
Menerusi entri di Instagram (IG), Raf berkongsi kisahnya yang tidak sampai hati untuk membazir makanan sehingga berat badannya mencecah 79 kilogram.
"Dugaan terbesar waktu @mawarashid pregnant is.... nak maintain berat badan yang ideal!
"Usually Raf akan maintain at 70-72kilogram (kg). Tapi sepanjang Mawar pregnant ni, berat Raf naik turun macam rollercoaster.
"From 70 to 75 to 79 to 75 to 73 to 75 to 72 and now I’m at 76kg.
"Melayan Mawar punya mengidam, dia makan 2-3 sudu je. Raf tak sampai hati membazir, Raf habis kan jela," tulisnya.

Dugaan terbesar waktu @mawarashid pregnant is....nak maintain berat badan yang ideal! Usually Raf akan maintain at 70-72kg. Tapi sepanjang Mawar pregnant ni, berat Raf naik turun macam rollercoaster. From 70 to 75 to 79 to 75 to 73 to 75 to 72 and now I’m at 76kg. Melayan Mawar punya mengidam, dia makan 2-3 sudu je. Raf tak sampai hati membazir, Raf habis kan je la ? #adidasMY

A post shared by Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) on

Menerusi ruangan komen rata-rata berpendapat perkara itu adalah sesuatu yang biasa dan ia merupakan pengorbanan yang harus dilakukan oleh suami dalam memenuhi segala keinginan isteri ketika hamil.
Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob bernikah dengan Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid pada 9 November 2017.
Kini, Mawar sedang sarat hamil lapan bulan dan dijangka bersalin pada bulan Mac ini.
Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dan bekas isteri dikurniakan dua anak, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
#pelakon #Pelakon #Mawar Rashid #Raf Yaakob
;