Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Melayu. Cina, India Semua Ada" - Kelab Suami Masak Apa Hari Ni Bukti Semangat 'Brotherhood' Berbilang Kaum Di Malaysia! Cayalah!

Hanafis Haris
05/06/2020 05:13 MYT
Siapa kata media sosial hanya menjadi medium untuk orang ramai bergaduh atau berpecah belah?

Sebuah kelab Facebook ‘Suami Masak Apa Hari Ni?’ telah membuktikan media sosial juga boleh menjadi satu platform untuk mengurangkan lagi jurang perbezaan antara masyarakat di Malaysia.

Menerusi pemantauan Gempak, tidak kira bangsa Melayu, India atau Cina, rata-ratanya bebas berkongsi resipi atau aktiviti harian sepanjang di rumah.

Sesekali kelihatan comel pula apabila lelaki berkongsi aktiviti di dapur.

Malah, tidak kurang yang berkongsi maklumat tentang jenis tanaman dan sayur-sayuran.

Apa yang lebih mengagumkan, perkongsian tersebut tidaklah terbiar senyap begitu saja, sebaliknya ia bakal dipenuhi dengan komen oleh warga kelab berkenaan.

Tanda sokongan dan semangat 'brotherhood'.

Antara yang posting yang menarik perhatian adalah pengguna dikenali sebagai Eric Thing yang berkongsi 'misi' memetik pucuk paku di tengah-tengah belukar.

Selain itu, perkongsian S Kathiresan mengenai resipi membuat thosai juga mencuri tumpuan.

Lebih membanggakan lagi, kesemua posting menggunakan kapsyen sepenuhnya dalam bahasa Malaysia. Cayalah!

Anda boleh lihat banyak lagi perkongsian tersebut di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Untuk rekod, kelab kelab Facebook ‘Suami Masak Hari Ni?’ mula dibuka sekitar April lalu.

Antara peraturannya ialah, admin melarang kaum wanita untuk menyertai grup dan hanya akan meluluskan permintaan daripada suami dan bakal-bakal suami sahaja.

Grup Suami Masak Apa Hari? ini juga diwujudkan untuk para suami yang memasak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA: “Grup Suami Masak Apa Hari Ni…Isteri-Isteri Tak Boleh Join, Untuk Suami Dan Bakal Suami Sahaja!” – Admin

#masak #Suami #Facebook
;