BERITA
"Melekat Jugak 5 Kategori" - Ini Komen Syafiq Kyle Dicalonkan Dalam Top 5 Anugerah MeleTOP Era 2019
Pelakon Syafiq Kyle meluahkan rasa syukur apabila namanya dicalonkan dalan lima kategori Anugerah MeleTOP Era (AME 2019).
Menerusi entri di Instagram (IG), Syafiq berkongsi rasa gembira dan berharap agar peminatnya dapat mengundi untuk memastikan kemenangan menjadi miliknya.
"Terharu dengan support yang you guys bagi untuk sesi undian awal #AME2019 sebab melekat jugak 5 kategori.
"So undian telah dibuka semula pukul 6 petang tadi and yeah, you guys dah boleh terus undi untuk 5 kategori ini.
"Cara undi boleh slide pictures kat atas atau pergi je ke www.anugerahmeletopera.com. Thanks so much guys and let’s gempur," tulisnya.
Syafiq tercalon untuk tiga kategori iaitu Fesyen MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.
Sementara itu, dua lagi pencalonan yang turut tercalon adalah filem dan drama lakonan Syafiq.
Undian fasa kedua Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME 2019) untuk menentukan pemenang akhir boleh dibuat menerusi laman web www.anugerahmeletopera.com.my dan dan portal rasmi ERA serta melalui kiriman SMS sehingga 21 April ini.
Bertemakan Glam, AME 2019 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2019, pukul 9:00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Acara ini juga boleh diakses menerusi program Live Streaming AME 2019 yang disiarkan menerusi platform digital saluran YouTube MeleTOP , Astro Go, NJOI Now dan On Demand pada hari yang sama bermula 8:30 malam.
Must-Watch Video