UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

Melinda Looi Dedah Guna 15 Teknik Siapkan Busana ‘Jantung’ Aina Abdul - “Mata, Mulut, Hidung Di Baju Itu Adalah Milik Aina”

Mya Amri 21/02/2025 | 11:55 MYT
Pereka fesyen terkenal, Melinda Looi mendedahkan gaun kembang berwarna merah yang disarungkan oleh penyanyi Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39) direka menggunakan lebih 15 teknik.

15 teknik jahitan

Kata Melinda, teknik itu termasuklah dari segi jahitan dan sulaman.
“Kami mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan gaun yang diberi nama ‘jantung’ itu. Aina datang dan memberikan konsep yang dia ada, jadi saya hanya merialisasikan idea yang dia mahukan.

“Saya tulis segala perincian yang dia mahu dan cuba fahamkan kehendaknya. Dia juga ada berkongsi kepada saya inpirasi untuk gaun tersebut.

“Jadi melalui itulah saya hasilkan gaun tersebut. Saya menggunakan lebih daripada 15 teknik untuk menghasilkan busana itu termasuklah teknik sulaman, pasang manik, bakar, warna dan banyak lagi,” jelasnya.
Melinda berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Melinda Looi Uniform Atelier yang berlangsung di Hyatt Centric Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Mata, mulut, hidung di gaun Aina ada makna

Jelas Melinda lagi, busana ‘jantung’ itu dihasilkan dengan sangat terperinci termasuk jumlah mata dan mulut yang ada pada gaun tersebut mempunyai kaitan dengan tarikh ulang tahun kelahiran Aina.
“Saya tahu mungkin ada orang di luar sana yang mempersoalkan kenapa gaun tersebut mempunyai bentuk mata dan mulut.
“Tetapi saya minta anda lihat dengan lebih terperinci, sebenarnya mata, hidung dan mulut yang ada di gaun tersebut adalah milik Aina.

“Kali ini dia mahu ‘memakai’ dirinya sendiri dan mahu mempersembahkan yang terbaik. Mungkin ramai yang tidak tahu tentang perkara ini, jumlah mata dan mulut adalah tarikh hari lahir Aina.

“Jadi Aina sangat mementingkan nilai-nilai terperinci biarpun pada bajunya sebab itu saya sangat respek dengan Aina.
“Dia bukan seorang penyanyi yang malas. Dia sentiasa fikirkan kelainan secara terperinci. Dia mahu ceritakan kepada penonton apa yang rasa,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Puas Hati Dapat Dengar Live! Enjoy Konsert 2NE1 - “Dulu Pernah Cita-Cita Nak Jadi Rapper Sebab Minat CL”

ARTIKEL BERKAITAN:Dikatakan Tiada ‘Killer Song’, Aina Abdul Lapang Dada Terima Teguran Man Bai - “Sebagai Penyanyi Kita Memang Perlu Ada…”

ARTIKEL BERKAITAN:Bawa ‘Anak’ Naik Pentas, Aina Abdul Luah Rasa Syukur Dapat Atasi Rasa Takut Terhadap Kucing - “Dulu Saya Tak Boleh Relate”

ARTIKEL BERKAITAN:Aina Abdul Pilih Berkarya Ikut Jiwa, Bukan Paksaan Trend Semasa - “ Saya Tak Boleh Nyanyi Genre Lain Hanya Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mak Dengar Lagu Dah Siap, Dia Kata…” - Aina Abdul Tunai Permintaan Ibu, Fattah Amin Jadi Hero Muzik Video Lagu Baharu

Terdahulu, Aina yang berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Puas Sudah pada Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) menampilkan tema berkonsepkan degupan jantung.
Aina memaklumkan corak mata dan bibir pada busana hasil sentuhan Melinda Looi itu mewakili ‘suara’ wanita tersakiti dan dirinya menjadi medium untuk melontarkan perasaan mereka.
Sebelum ini, Aina pernah berhabis sekitar RM400,000 untuk persembahannya pada AJL38 tahun lalu.
#Jantung #Busana #Gaun #Melinda Looi #AJL39 #Aina Abdul,