Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Melompat Kegembiraan! Aishah Ceria Keluar Hospital Selepas Hidap COVID-19, Sempat Payung Lagu Bahtera Merdeka

Asraf Aided
10/09/2021 15:40 MYT
Penyanyi terkenal Aishah berkongsi berita gembira apabila telah keluar dari wad Hospital Ampang selepas positif COVID-19 dan menghidap jangkitan kuman.

Perkara itu dimaklumkan menerusi beberapa entri di akaun Instagram miliknya hari ini.

"Alhamdulillah, tak tahu nak cakap macam mana betapa bersyukurnya, hari yang dinanti-nantikan.

"Dapat balik rumah, syukurnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan.

"Sekarang, doakan juga untuk proses kesembuhan saya okay," katanya menerusi sebuah video.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)


Sementara dalam entri berlainan, penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu mendedikasikan ucapan terima kasih kepada barisan petugas hadapan yang terlibat menjaganya di hospital.

"Terima kasih kepada frontliners yang menjaga saya selama 12 hari di hospital," tulisnya.

Sebelum meninggalkan hospital berkenaan, Aishah sempat merakam video dan beberapa foto bersama petugas kesihatan yang terlibat.

Selain itu, kegembiraan juga jelas terpancar apabila Aishah kelihatan seperti melompat kegembiraan. Ada juga video dia menyanyikan lagu Bahtera Merdeka.

Ruangan komen di Instagramnya dipenuhi ucapan warganet yang bersyukur dan tumpang gembira ekoran kesembuhannya itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)


Artikel Berkaitan: Pernafasan Aishah Semakin Stabil, Tetapi Masih Dirawat Kerana Jangkitan Kuman

Pada 30 Ogos lalu, Aishah mengesahkan dirinya positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan, sehari sebelumnya.

Beliau melakukan Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta, lalu disarankan doktor untuk segera ke hospital mendapatkan rawatan berikutan paras oksigen menurun kepada 92 peratus.

#Aishah #Jangkitan Kuman #COVID-19 #Keluar Hospital #Bahtera Merdeka #Janji Manismu