"Memang Ada Komplikasi" - Ibu Fahrin Ahmad Masuk Hospital

Rozaimi Zubaidi
Ogos 30, 2018 08:43 MYT
Pelakon Fahrin Ahmad mendedahkan bahawa ibunya telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fahrin menjelaskan keadaan ibunya semakin stabil selepas mengalami beberapa komplikasi.
"Family, ibu, kakak Zahira dan adik Johan. Pagi-pagi kami resah gelisah.
"Doctor minta kami datang ke hospital. Memang ada komplikasi, Alhamdulillah, yang penting ibu stabil dan sihat," tulisnya.
Namun, menerusi posting itu Fahrin tidak menjelaskan masalah penyakit yang dialami oleh ibunya itu.
Dalam pada itu, peminat yang risau dengan keadaan tersebut meninggalkan komen yang mendoakan supaya ibunya kembali pulih selepas menerima rawatan.
#pelakon #Fahrin Ahmad #Pelakon