Penyanyi Ara Johari akui ramai yang terkesan dengan lakonannya dalam muzik video terbaharu nyanyian Nabila Razali, Vroom Vroom.

Bagaimanapun kata Ara, dia tidak mahu berlebih-lebih hingga menenggelamkan subjek asalnya iaitu Nabila Razali sendiri.

"Saya diberikan watak untuk menjadi 'abang-abang' yang memang marahkan Bella.

"Jadi, saya terpaksa in character macam itu. Sebab itu orang lebih terkesan dengan watak saya," katanya kepada Gempak.

Tambah Ara, menerusi muzik video itu, ada dalam kalangan peminatnya yang yakin dan percaya dia sepatutnya menceburkan diri dalam dunia lakonan pula selepas ini.

"Setakat ini semua komen yang diterima positif dan mereka sarankan saya berlakon pula selepas ini.

"Yang penting, Alhamdulillah saya tidak dikutuk," ujar pelantun lagu Bunga itu.

Muzik video Vroom Vroom telah dimuat naik di YouTube sejak 23 Januari lalu dan telah mendapat lebih 3.2 tontonan.

Lagu nyanyian Nabila Razali itu mendapat sentuhan Hael Husaini dan Ezra Kong selepas Pematah Hati.

Dalam perkembangan lain, selepas memenangi tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu ke-33 menerusi lagu Bunga, Ara kini menyasarkan lagu terbaharunya, Paku, untuk menembusi carta Muzik-Muzik untuk AJL 34.