Laman Utama

“Memang Ikat Setahun, Tetapi Kalau Ada Rezeki Kami Nak Percepatkan..." – Taufiq Hanafi Bertunang

gempak
Fiza Kamarudin
21/02/2022
12:40 MYT
Sponsor Banner
“Memang Ikat Setahun, Tetapi Kalau Ada Rezeki Kami Nak Percepatkan..." – Taufiq Hanafi Bertunang
Pelakon Taufiq Hanafi mengesahkan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatinya Farah Azrina, pada Ahad.
Taufiq ketika dihubungi Gempak berkata, dia bersyukur kerana semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Majlis yang diadakan serba sederhana dan penuh bermakna itu diadakan di rumah keluarga tunang saya di Rawang.
“Majlis hanya dihadiri keluarga terdekat. Insya-Allah jika ada rezeki nanti kami akan undang kawan-kawan ke majlis perkahwinan kami,” katanya.
Tambah Taufiq, dia dah Farah merancang mengikat tali pertunangan selama satu tahun, tetapi jika diizinkan Allah SWT, mereka mahu mempercepatkan tarikh pernikahan.
“Kalau ikut syarat…kami ikat setahun, tetapi kalau ikut perancangan mungkin nak kahwin dalam tahun ini juga.
“Kalau ada rezeki lebih kami nak melangsungkan perkahwinan pada Oktober atau November tahun ini,” katanya.
Mengulas mengenai pertemuannya dan Farah menerusi aplikasi permainan video atas talian PUBG, Taufiq berkata hubungan mereka hanya bermula sebagai kawan.
“Kisahnya, kami mula berbual melalui game PUBG, tapi sebelum tu ada lah kami saling tinggalkan komen dalam media sosial.
“Itu pun bila saya komen Farah tak balas. Sombong dia dulu…Tapi lama-lama dah borak dan main game PUBG sama-sama hubungan tu terus jadi rapat.
“Alhamdulillah, bertunang la kami,” katanya.
Terdahulu Taufiq turut memuat naik foto bersama tunangnya di laman sosial Facebook.
"Terima kasih kepada PUBG, sebab melaluinya kami berkenalan," katanya pada hantaran tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live