Laman Utama

“Memang Memalukan Tapi…”- Shiha Zikir Dedah Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Pelakon Senior

gempak
Syafiqah Jalal
19/05/2022
03:52 MYT
Sponsor Banner
“Memang Memalukan Tapi…”- Shiha Zikir Dedah Pernah Kena ‘Sound’ Dengan Pelakon Senior
Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir mendedahkan dia pernah mempunyai pengalaman yang kurang manis bersama seorang pelakon senior ketika di set penggambaran.
Kata Shiha, 35, kata-kata pelakon wanita berpengalaman itu amat tajam dan memalukan lebih-lebih lagi ia berlaku di hadapan kru penggambaran lain.
"Dalam bidang lakonan ini pun, saya ada pengalaman yang tak 'best' juga. Saya pernah kena 'sound' dengan seorang pelakon senior yang ketika itu memang memalukan saya.
“Dia kata ‘kau kalau nak berlakon betul-betul jangan rosakkan dunia lakonan, kau tu penyanyi’ lebih kurang macam tu ayat dia kerana saya pelakon baru yang terjun dari bidang nyanyian. Saya faham.
“Waktu itu saya terkejut dan terkedu juga bila dia cakap begitu,” katanya kepada Gempak.
Shiha berkata kepada media ketika siding media virtual drama Ada Apa Dengan Saka, baru-baru ini.
Pun begitu, Shiha memberitahu dia tidak melawan malah cuba memberi respon dan terima amaran itu dengan baik untuk memperbaiki lakonannya.
“Sebenarnya kalau ikut hati nak menjawab juga, tapi saya sabar.
"Biarlah dia, kerana setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma, kalaulah saya masih bersikap panas baran macam dulu, memang boleh bergaduh.
“Namun, saya biarkan saja dia dan lama-lama akhirnya kami jadi kawan baik," katanya.
Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir mendedahkan dia pernah mempunyai pengalaman yang kurang manis bersama seorang pelakon senior ketika di set penggambaran.
Kata Shiha, 35, kata-kata pelakon Wanita berpengalaman itu amat tajam dan memalukan lebih-lebih lagi ia berlaku di hadapan kru penggambaran lain.
"Dalam bidang lakonan ini pun, saya ada pengalaman yang tak 'best' juga. Saya pernah kena 'sound' dengan seorang pelakon senior yang ketika itu memang memalukan saya.
“Dia kata ‘kau kalau nak berlakon betul-betul jangan rosakkan dunia lakonan, kau tu penyanyi’ lebih kurang macam tu ayat dia kerana saya pelakon baru yang terjun dari bidang nyanyian. Saya faham.
“Waktu itu saya terkejut dan terkedu juga bila dia cakap begitu,” katanya kepada Gempak.
Shiha berkata kepada media ketika siding media virtual drama Ada Apa Dengan Saka, baru-baru ini.
Pun begitu, Shiha memberitahu dia tidak melawan malah cuba memberi respon dan terima amaran itu dengan baik untuk memperbaiki lakonannya.
“Sebenarnya kalau ikut hati nak menjawab juga, tapi saya sabar.
"Biarlah dia, kerana setiap orang ada pandangan masing-masing. Cuma, kalaulah saya masih bersikap panas baran macam dulu, memang boleh bergaduh.
“Namun, saya biarkan saja dia dan lama-lama akhirnya kami jadi kawan baik," katanya.
Shiha kini juga penyampai radio Era yang mengendalikan slot Rancak Sabtu Era setiap hari Sabtu jam 7 pagi hingga 10 pagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live