Pelakon Fattah Amin akui mengubah penampilannya untuk kelihatan seperti aktor Korea, Gong Yoo demi menjayakan wataknya dalam drama bersiri Coffee Prince versi Malaysia (MY Coffee Prince).

Kata Fattah, dia membuat rujukan mengenai watak utama drama tersebut sebelum menjalani penggambaran MY Coffee Prince.

“Apabila ditawarkan untuk membintangi drama ini saya terus membuat rujukan tentang watak yang dibawakan oleh Gong Yoo iaitu Choi Han Kyul.

“Saya melihat kepada gaya penampilannya dan saya belajar sedikit demi sedikit cara bagaimana untuk menghidupkan watak Choi Han Kyul versi Malaysia.

“Ini inisiatif saya dan memang saya sendiri yang mahukan ‘look’ seperti Gong Yoo dalam drama tersebut.

"Selain itu saya juga menonton episod pertama hingga akhir Coffee Prince sebagai rujukan untuk mendalami karakter itu.

“Ada juga peminat yang tertanya-tanya mengapa saya kelihatan kurus dan berambut panjang dan mereka kata tidak sesuai dengan imej saya tetapi itu semua saya lakukan demi watak,” jelasnya.

Fattah ditemui Astro Gempak di lokasi penggambaran MY Coffee Prince bertempat di Bros Cafe, Seremban.

Selain Fattah, Coffee Prince turut dibintangi oleh Janna Nick, Fahrin Ahmad dan Diana Danielle.

Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun Hye, Lee Sun Kyun dan Chae Jung An.

BACA: FAHRIN AHMAD TONTON COFFEE PRINCE KERANA HAN SUNG

Jangan lupa saksikan MY Coffee Prince arahan Michael Ang yang secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123), setiap Isnin – Khamis bermula jam 10 malam.

Terlepas menonton episod pertama MY Coffee Prince? Jangan risau, anda boleh saksikan drama tersebut menerusi On Demand. Hanya sambungkan PVR ke wifi rumah anda sekarang.