Filem komedi seram arahan Nazir Jamaluddin, Jangan Takut: Kau Takut...Aku Pun Takut (JTKTAPT) mendapat sambutan positif daripada penonton.

Meskipun sudah berminggu ditayangkan menerusi Astro First sejak 8 Julai lalu, ia masih lagi berada dalam Carta Filem Top 5 Astro First di kedudukan ketiga hari ini.

Adakah anda sudah menontonnya? Jika belum, jangan lepaskan peluang untuk bergelak ketawa di rumah hujung minggu ini.

JTKTAPT menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Mark Adam, Amerul Affendi, Shuk Sahar, Tasha Shilla, Wan Hanafi Su, Dalimawati, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Hasil tinjauan Gempak di akaun Instagram Mark Adam yang berkongsi mengenai filem ini, rata-rata warganet meninggalkan respon positif. Ada juga yang memuji lakonan para pelakon dan menyifatkan filem ini betul-betul kelakar!

Tidak kurang juga komen yang ditinggalkan di Instagram Jasmin Hamid, rata-rata penonton berpuas hati menonton JTKTAPT.

"Best lakonan, so funny really!

"Wah, best aje...

"Bestnya cerita ni!

"Saya dah beli sis memang pecah perut," tulis warganet.






Sedikit mengenai jalan cerita filem ini, ia mengisahkan tentang tiga sahabat karib, Sarip, Dol dan Leman yang sangat nakal dan sering mencuri serta menyakat penduduk kampung.

Sikap mereka membuatkan keluarga masing-masing menanggung malu. Mereka juga gagal mencuri di rumah Tok Bomoh dan dihalau oleh keluarga masing-masing.

Selepas itu, Dol dan Leman bertekad pindah ke Kuala Lumpur, pelbagai kejadian berlaku dalam perjalanan mereka terutamanya ketika mereka bermain permainan kongsi kisah seram dalam kereta yang ditumpang.

Nak tahu lebih lagi? Jangan lupa saksikannya okay!

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.