Pelakon Diana Danielle meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pasangan yang tidak perihatin terhadap wanita hamil.
Luahan itu disampaikan menerusi laman Instagram (IG) semalam.
Menurut Diana, dia kecewa apabila melihat sesetengah wanita hamil masih diharapkan melakukan kerja rumah seperti sebelum mengandung.
Diana memberitahu sepatutnya ibu hamil perlu banyak berehat dan kerja rumah harus dibantu suami dan anak yang sudah besar.
Diana turut tekankan supaya para suami jangan pandai kahwin sahaja.
Berikut merupakan luahan serta nasihat yang ditulisnya di IG:
"Paling kecewa kalau nampak wanita mengandung masih diharapkan buat semua perkara yg dibuat sebelum mengandung. Tengok gambar ni elok2, kalau dah nak anak tu jaga lah orang yg mengandungkannya juga.
Memang susah nak faham kalau tak pernah mengandung, cuma fahami yang bila kita bawa baby dalam perut tu mesti akan sentiasa (ya sentiasa) kita rasa berat, lesu, sakit belakang, lapar (selalu), walau dah tidur 8 jam masih rasa perlu tidur lagi 8 jam (especially 4 bulan pertama dan bulan terakhir), tak larat jalan sebab kaki bengkak/sakit, cramp perut (braxton hicks) especially kalau buat kerja rumah tunduk2 banyak, angkat barang... dan masa tu je la ibu mengandung tu dapat rehat sebelum baby arrive dan terus akan dipikul tanggungjawab bangun malam2, tahan mata siang hari, menyusu badan 24/7, etc.
Sooo kalau nak mula berkeluarga janganlah lupa bukan senang untuk para wanita ada tenaga dan motivasi mcm org biasa.
Kerja rumah takkan "disappear" dengan sendirinya, mesti ada org kena buat, baju yg berlonggok, pinggan mangkuk yang bertingkat, lantai yg penuh sisa makanan dan habuk takkan hilang kalau tak ada yg sanggup ambik initiative utk pikul dan anak2 yang lain (kalau bukan anak pertama) pun perlukan pantauan dan jagaan kasih sayang kalau mak tu tak larat nak jaga. (Last2 mak boyot tu jugak yang gigihkan diri buat sbb tak larat tgk keadaan sekeliling, hey apakah ini?!) Kalau dia dah jaga rumah dan anak elok2 waktu sebelum mengandung, tak salah kalau kita (suami/anak2 yang dah besar) jaga keadaan rumah dan ibu tu elok2 juga time dia tak berupaya utk bagi the best of her sbb mengandung dan berpantang. Jangan pandai kahwin je k.. Paham dak? (Tak guna badan sado tapi angkat pinggan kotor pun mcm angkat dumbell 100kg)
Yang ibu mengandung pun, buat je apa yg mampu jangan buat lebih dari apa yg mampu sebab kalau dah rasa overstressed tu you CAN say "im tired, im pregnant, help me", itu bukan alasan, itu kenyataan. So jgn malu2 nak ckp, i tak larat, yang penting baby selamat and ibu selamat. sekian, D #generalmessage #nasihatjekay"
Syafiqah Jalal
Wed Jul 26 2017
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.