Pelakon Puteri Sarah Liyana menerusi ruangan Insta Story di Instagram telah meninggalkan pesanan yang ditujukan kepada seseorang.

Menerusi luahan tersebut, Puteri Sarah dilihat seperti kurang senang apabila individu yang dimaksudkan terus-menerus menggangu rumah tangganya.

Menurut Sarah berkata individu tersebut sanggup mencipta akaun palsu semata-mata untuk mengintai kehidupan peribadinya.

“Sorry I terlalu busy dengan family, kerja dan business sampai taka da masa nak buat benda lain, unlike you sampai terpaksa buat fake account untuk kacau i.

“Dah 2021 terimalah, kalau buat jahat Allah takkan izinkan you menang, Allah tak tidur,” tulisnya.

Puteri Sarah turut menasihati individu terbabit supaya segera bertaubat dan mendirikan solat sekiranya hidup tidak tenang melihat dia dan suami, Syamsul Yusof sudah kembali bersama.

“Memang tak tenang ye tengok dah berbaik? If u rasa tak tenang selalulah tahajud dan solat taubat. InsyaAllah rasa berdosa yang menebal dalam diri tu akan terhapus sedikit demi sedikit.

“Hidup pun tenang, tak adalah rasa insecure 24 jam,” katanya.

Lebih memalukan apabila Puteri Sarah turut mendedahkan individu terbabit turut mengganggu adik ipar rakan-rakan dan stokis termasuk ibu mentuanya.

“Kacau my sis in law, kacau my friends, my stokis even my mother in law pun you menggila kacau. Nak kena report polis lagi sekali ke you ni?

“Please jaga dignity tu sikit, tolong pergi berubat please…Dah teruk sangat you ni,” katanya.

Terdahulu Puteri Sarah mendedahkan kepada media sering diganggu individu tidak dikenali yang menghantar mesej peribadi (DM) dan meninggalkan komen di IGnya menggunakan akaun palsu.