Membanggakan! Abang Adik Dinobat Filem Terbaik 10th Asian World Film Festival Di LA
Gempak
22/11/2024 11:13 MYT
22/11/2024 11:13 MYT
Filem Abang Adik memenangi Filem Terbaik di 10th Asian World Film Festival 2024 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
Antara pencapaian tertinggi Abang Adik ialah Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics' Award, serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25 di Udine, Itali.
Selain itu, filem berkenaan juga menerima pengiktirafan di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37, Switzerland dan Festival Filem First di China.
Filem ‘Abang Adik’ turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 September lepas selepas mula ditayangkan pada 21 September 2024, kutipan pecah panggung RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama mencatatkan rekod tayangan tertinggi.
Sumber: BERNAMA
Anugerah Pelakon Lelaki
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard."Abang Adik baru sahaja memenangi Filem Terbaik dan Aktor Terbaik di Asian World Film Festival. Terima kasih kepada semua hakim untuk pengiktirafan ini," menurut hantaran di Facebook filem itu.
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu merangkul 19 anugerah antarabangsa, sekali gus satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global.
ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Menyanyi Lagu Tema Filem Kahar: Kapla High Council Berjudul Kudeta
ARTIKEL BERKAITAN:Filem Gold Terima Anugerah Most Anticipated Chinese Language Film Di 37th Golden Rooster Film Awards China
ARTIKEL BERKAITAN:Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”
ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”
ARTIKEL BERKAITAN:Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"