Hiburan

Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”

gempak
Asyikin Mayudin
13/11/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”
Perkongsian video di Instagram Syamsul Yusof memperlihatkan pengarah itu sedang menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Khawarij menarik perhatian warga maya.

Teruja & tak sabar

Rata-rata mereka meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan karya Syamsul yang diterbitkan oleh Astro Shaw itu ditayangkan di seluruh pawagam.

ARTIKEL BERKAITAN: Patimah Ismail Kongsi Gambar ‘Throwback’ Yusof Haslam & Syamsul Yusof ,Netizen Syukur Hubungan Semakin Erat - “Alhamdulillah... Syukur Ya Allah”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah Lama Mak Tak Senyum Begitu..” Syafiq Yusof Syukur Syamsul Kembali Ke Pangkuan Keluarga

Apa yang lagi menarik pelakon hebat Eman Manan yang memegang watak antagonis utama dalam filem arahan Syamsul itu.
Difahamkan kemungkinan karakter tersebut juga lebih ganas dan zalim memandangkan ia melibatkan ketua ajaran sesat yang mempunyai ramai pengikut taksub terhadap dirinya.

Eman Manan

Menerusi perkongsian di Facebook Brader Filem, rata-rata netizen menganggap pemilihan Eman Manan sebagai tunjak utama dalam filem tersebut adalah tepat.
“Best Eman Manan. Otai legend serba boleh… silat. Syamsul, semoga berjaya dalam kejayaan anda ya. Amin,
“Syamsul memang naikkan nama-nama pelakon Malaysia ke peringkat lain dan suka ambil pelakon otai untuk filemnya. Sebab itu selalu tengok pelakon yang dah lama tak berlakon muncul cameo dalam filem dia. Seorang pengarah yang hebat.
“Eman Manan lakonan yang mantap dan padu. Keluar pawagam saja aku mesti tengok filem ini. Mantap Syamsul,” komen beberapa netizen.
Untuk info, Syamsul Yusof pernah menghasilkan filem bergenre Islamik seram seperti Khurafat, Munafik dan Munafik 2.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024