Ramai mengetahui tentang pelakon Zarina Zainuddin yang tabah membesarkan dua anak kembar autismenya.
Kecekalan pelakon berusia 46 tahun itu dianggap luar biasa oleh kebanyakan wanita terutamanya kaum ibu di luar sana.
Pengalaman selama 21 tahun mengasuh dan membesarkan anaknya Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai telah banyak merubah diri dan seluruh kehidupannya.
Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut hari ini, Astro Gempak kongsikan temu bual eksklusif Zarina Zainuddin supaya ia menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.
1. Astro Gempak: Apa makna wanita pada pandangan Zarina?
Zarina Zainuddin: Wanita adalah makhluk Tuhan yang paling istimewa. Dia kuat besarkan dan menyayangi anaknya sehingga dewasa, tak kira apa sahaja rintangan yang dilalui. Saya boleh katakan, wanita lebih kuat daripada lelaki. Lelaki sebenarnya punya sifat manja. Jika mereka sakit kita boleh lihat mereka lemah.
2. Astro Gempak: Apakah pengorbanan terbesar Zarina sebagai seorang wanita?
Zarina Zainuddin: Saya tidak merasakan apa yang saya lakukan sebagai seorang ibu itu pengorbanan tetapi ianya adalah satu keperluan. Tak dinafikan membesarkan dua orang anak autisme ini bukan mudah tapi dari situ kita boleh menambah pahala dan amal kita kepada Allah. Saya sentiasa meminta pada Allah supaya berilah saya kesabaran dalam membesarkan mereka.
3. Astro Gempak: Apa inspirasi atau kekuatan Zarina selama ini dalam meneruskan hidup membesarkan anak-anak autisme?
Zarina Zainuddin: Sebenarnya kita perlu sentiasa bersyukur dan selalu berdoa kepadaNya supaya Dia beri kita kekuatan untuk meneruskan hidup. Jika kita bersyukur kita akan jaga amanah Allah itu dengan sebaiknya. Bersyukurlah anak saya masih lagi boleh berjalan dan menguruskan diri meskipun dia ada masalah lain. Ada ibu bapa yang terpaksa menjaga anaknya yang tidak boleh bergerak atau melakukan apa-apa. Jadi kita perlu bersyukur walau apa pun.
4. Astro Gempak: Pernahkah Zarina melalui waktu sukar sehingga berputus asa?
Zarina Zainuddin: Kita manusia biasa, ada masa kita tewas. Pernah sewaktu anak-anak masih kecil saya hampir putus asa apabila melihat keadaan mereka yang sering mencederakan diri sehingga berdarah-darah. Saya pernah terdetik untuk meminta Allah tarik sahaja nyawa saya dan anak-anak supaya kami sama-sama mati dan tidak perlu meneruskan hidup lagi. Waktu itu iman saya tidak kuat dan saya seperti mahu mati bersama anak-anak tetapi nasib baik saya cepat tersedar dan memohon ampun kepadaNya. Kehidupan selepas mati juga bukan mudah seperti yang kita sangkakan.
5. Astro Gempak: Apakah nasihat Zarina kepada ibu-ibu di luar sana yang senasib dengan anda?
Zarina Zainuddin: Jangan hina dan pukul anak kita, dekatkan diri kita dengan mereka dan selalu bermain dengannya. Layanlah anak kita seperti orang lain, bawanya keluar jangan malu. Mereka juga mahu keluar bermain, tonton wayang seperti kita. Layanlah mereka dan ajar mereka tentang kehidupan, insyaAllah mereka akan faham sedikit demi sedikit.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Wed Mar 08 2017


Jadi Filem Terakhir, Rindu Kehebatan Allahyarham Adibah Noor Terubat Dalam Eraser
Rindu kepada orang yang telah pergi memang tidak berpenghujung.

#MEGASPONTAN2023 : Impian Tercapai, Rider & Barista Antara Peminat Bertuah Jadi Peserta
Jom kenali orang awam yang menjadi peserta Mega Spontan 2023.

Sertai #PolisEvo3Rekruit

Lebih 1,000 Peserta Datang Ujibakat INNOVATHON! Bukti Rakyat Malaysia Kaya Idea Inovatif
Hebat rakyat Malaysia kita.

Michael Ang Dikritik Sebab Sebut ‘Mintak Simpang Malaikat 44' - “Mana Hang Belajar?”
Katanya penggunaan frasa tu tak betul?

“Perut Pun Tak Turun Lagi…”- Hamil 38 Minggu, Madammu Tiada Tanda Bersalin?
Madammu Tiada Tanda Bersalin?

Sila Timbang Berat Sebelum Naik Pesawat Air New Zealand
Berapa berat korang?

Suami Pening Isteri Hamil Mengidam Minum Arak, Netizen Pula Rasa Marah - “Kalau Bukan Islam Saya Faham Tetapi Alkohol Tak Elok Untuk Baby!”
Pelik-pelik la!

Anak Perempuan Pukul Ibu Strok Sampai Maut, Mengaku Tak Tahan Karenah
Pilu!

Sambutan Luar Jangka, Muse Ubah Lokasi Pilih Stadium Nasional Bukit Jalil 29 Julai Ini
Tak sabarnya!