BERITA

"Membesarkan Satu-Satunya Anak Perempuan Dalam Keluarga Pastinya Tidak Mudah" - Menyentuh Hati! Ini Ucapan Fazura Kepada Ibu

Rozaimi Zubaidi 12/07/2019 | 07:15 MYT
Pelakon dan penyanyi Nur Fazura mendedikasikan ucapan khas sempena menyambut ulang tahun kelahiran ibunya, Fadillah Nasir pada hari ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fazura berkongsi ucapan serta gambar bersama ibunya.
"Sejak saya dilahirkan, saya dibesarkan, disayangi, dikasihi, dibimbing dan dilindungi dengan penuh kasih sayang oleh seorang wanita yang telah kehilangan separuh jiwanya untuk membesarkan 4 orang anak-anaknya sendiri.
"Ayah adalah satu-satunya cinta sejati ibu sehingga kini. Ayah merupakan satu-satunya suami yang dia suka dan rindui. Membesarkan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga bukan sesuatu yang mudah, tapi ibu tidak pernah berhenti mencintai dan akan sentiasa ada bila saya memerlukannya.
"Ibu adalah seorang wanita yang paling kuat, baik hati dan penyayang yang akan melakukan apa saja untuk melindungi anak-anaknya.
"Kepada ibu, semoga hidup ibu sentiasa disirami dengan cinta, kesihatan yang baik, serta yang paling penting saya berdoa untuk setiap air mata yang ibu menangis akan menjadi sungai untuk ibu di syurga kelak," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminatnya turut tidak lepaskan peluang menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran dan mendoakan agar ibunya diberikan kesihatan yang baik.
Untuk rekod Fazura dan suaminya, Fattah Amin telah berkahwin pada 27 November 2017.
Pasangan ini telah melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di Kuala Lumpur.
#pelakon #Fazura #Pelakon #Fazura