Memey Suhaiza Hamil Anak Ketiga, Norman Hakim Orang Terakhir Tahu

Rozaimi Zubaidi
Disember 4, 2017 05:23 MYT
Pelakon Norman Hakim berkongsi rasa terujanya di Instagram (IG) miliknya mengenai kehamilan isterinya Memey Suhaiza.
Menerusi IG, Norman memberitahu bahawa dia merupakan orang terakhir yang mengetahui mengenai berita kehamilan isterinya itu.
"Alhamdulillah our big families 'no.6th'. Terima kasih kepada semua untuk segala ucapan dan doa yangg baik-baik. Semoga segala kebaikan juga akan berbalik semula kepada semua Aamiin Ya Rabb.
"Rupa-rupanya saya orang yang terakhir tahu dan Mama Abby Abadi dan anak-anak semua dah tahu awal sebelum ni.
"Tak tau nak cakap macamana, tapi macam boleh rasa 'pembawakan' tu sejak 2 minggu yg lepas. ‘Rasa' tu tak pernah bohong. Kali ni 'rasa' sama macam masa Marissadania dalam kandungan dulu.
"Lebih kepada diri sendiri yang 'kena' berbanding dari ibu yg mengandung. Tak nak cerita kat sini biar la mummy dia yang story sendiri," tulisnya.
Rata-rata pengikut Norman mengakui gembira dengan berita kehamilan isterinya itu dan mereka turut berdoa agar Memey dan kandungannya itu akan sihat.
Melalui perkahwinan dengan Abby Abadi, Norman dikurniakan tiga zuriat iaitu Mohamed Danish Hakim, 14, Marissa Dania Hakim, 12, dan Maria Danisha Hakim, 9 tahun.
Manakala, dua cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 4, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 2, hasil perkahwinan dengan Memey, 29.
#pelakon #Pelakon #Memey Suhaiza #Norman Hakim