Konsert Lima Rukun akan berlangsung pada 8.30 malam, 15 September 2023 di Zepp Kuala Lumpur.
Di Konsert Lima Rukun, peminat ZAYAN boleh menyaksikan persembahan menarik yang menggabungkan penyanyi dan kumpulan-kumpulan nasyid tempatan termasuk Daqmie, Rabbani, Hijjaz, Inteam dan Mestica.
Peminat juga boleh menghayati lagu-lagu nasyid terbaik bersifat ketuhanan dan segar malar yang akan dipersembahan mengikut iringan muzik daripada Orkestra Traditional Malaysia.
Menangi tiket dengan langkah mudah berikut:
o Layari zayan.syok.my dan klik ‘Konsert Lima Rukun’ di pautan ‘Peraduan’
o Isi maklumat peribadi dan lengkapkan slogan: “ZAYAN perlu memilih saya untuk menang tiket Konsert Lima Rukun kerana …” (tidak melebihi 20 patah perkataan)
o Pemenang akan dipilih berdasarkan slogan paling menarik dan kreatif.
Untuk maklumat lanjut, layari zayan.syok.my atau ikuti platform media sosial ZAYAN.
