Laman Utama
Menangi Hadiah Hebat Hanya Dengan Menonton Running Man Di Astro
Destinasi utama untuk hiburan Korea, ONE dan syarikat peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, Astro, teruja meraikan sambutan ulang tahun program variety popular, Running Man.
Bagi meraikan sambutan ini, ONE dan Astro kini melancarkan kempen dalam talian, ONEderful Celebration 13 Years of Running Man - Watch & Win Giveaway khusus untuk pelanggan-pelanggan Astro.
Bagi menyertai pertandingan tersebut, penonton hanya perlu strim 30 episod teratas Running Man menerusi rail istimewa Running Man All-Stars di On Demand atau Astro GO.
Bermula 10 hingga 30 Julai, pelanggan Astro yang mengambil bahagian berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk TV pintar LG 65’ inci, telefon pintar Samsung 256GB dan beg galas Running Man edisi terhad.
Bagi mengimbau kembali kenangan dari program permainan hiburan kegemaran yang popular ini, pemenang akan disenarai pendek berdasarkan jumlah masa mereka menstrim episod-episod Running Man sepanjang tempoh peraduan.
Running Man berjaya memikat hati jutaan peminat di seluruh dunia dengan gabungan jenaka unik, kerja berpasukan dan cabaran mendebarkan bersama tetamu selebriti dari seluruh dunia.
Running Man terus bersiaran dengan episod baharu dari Korea Selatan setiap minggu, di ONE (saluran 393), Jumaat, jam 10.30 malam atau strim pada bila-bila masa, di mana jua menerusi On Demand dan Astro GO.
Untuk maklumat lanjut, layari: https://promotions.astro.com.my/details/RunningManAllStars.
Must-Watch Video