Berita
Menangis Lihat Ibunya Di TV, Netizen Kasihan Lihat Anak Nad Zainal Ditinggalkan
Video anak kepada pelakon Nad Zainal, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 2, yang mengalirkan air mata ketika menonton ibunya di kaca TV menyentuh hati netizen.
Video yang dikongsikan sendiri oleh Nad di akaun Instagram (IG) miliknya itu menunjukkan Fahad Ibrahim tidak dapat menahan kesedihan dan rindu kepada ibunya.
Nad memberitahu ketika itu dia terpaksa meninggalkan Ibrahim atau nama panggilannya Yem kerana perlu menghadiri undangan program Bawang Live.
“Aduh, nak kena kerja jadi pramugari ke sekarang ni? Hahahaha! Jahanam... sedih mummy tau..
Yem ni hati tisu, dia TAK BOLEH nampak i di TV kalau i takda di rumah... dia emosi .. tengok Bawang Live, dah mata Yem macam kena bawang.. aduh,” tulisnya.
Rata-rata turut bersedih melihat Yem mengalirkan air mata dan dalam masa yang sama aksi anaknya itu sangat comel.
Bawang Live yang dikendalikan oleh Sharifah Shahira itu bersiaran secara langsung setiap Khamis, jam 9.30 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin berkahwin dengan Faliq pada 18 Disember 2015.