,
Laman Utama

“Menangis Mesej... Beritahu Tak Dapat Balik Raya” - Anna Aljuffrey Sebak, Rindu Jumpa Mama Dan Abah

Mya Amri
20/05/2021
05:43 MYT
Penyampai radio GEGAR, Anna Aljuffrey akui sebak tidak dapat pulang beraya di Kuantan, Pahang.
Menurut Anna, dia menangis sebaik sahaja menghubungi ibunya untuk memaklumkan perkara berkenaan.
“Saya menangis sewaktu mesej mama untuk beritahu tak dapat beraya bersama tahun ni. Lepas mesej terus mengalir air mata sebab sedih tak dapat balik untuk belikan baju raya buat mama dan abah tahun ini.
“Mama dan abah saya ada di Kuantan, adik beradik saya yang lain pula beraya di rumah mentua masing-masing tahun ini.
“Jadi sebelum bermulanya PKP, mama dah pesan untuk ambil cuti awal, tapi disebabkan PKP, saya tak dapat beraya bersama mereka.
“Perkara itu membuatkan saya bertambah sedih dan rindu dengan mereka. Tapi tak apa, demi menjaga keselamatan dan kesihatan mama dan abah di kampung, kita ikut arahan kerajaan,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Anna juga memberitahu dia tidak akan membiarkan rasa sedih itu menberikan impak kepada tugasannya sebagai seorang penyampai radio GEGAR.
“Saya menganggap semua itu ada hikmahnya. Sebagai personaliti radio, kita perlu sentiasa ceria untuk hiburkan pendengar walapun dalam hati ni sedih kerana tidak dapat bersama keluarga.
“Saya hiburkan hati sendiri dengan bekerja untuk bersama pendengar di hari raya. Sedikit sebanyak terubat jugalah perasaan rindu nak beraya,” ujarnya.
Anna juga turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya buat pendengar GEGAR.
“Dikesempatan ini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin untuk mereka yang sentiasa menyokong kerjaya saya dari dulu sampai sekarang.
“Ucapan terima kasih juga kerana sentiasa mendengarkan saya di GEGAR, radio No.1 Pantai Timur.
“Semoga kita semua dilindungi dan berada dalam keadaan yang baik. Saya juga berharap kita akan dapat disatukan semula bersama keluarga dan orang yang disayangi selepas ini.
“Jangan lupa dengarkan saya di GEGAR ya!” katanya.
Jangan lupa dengarkan GEGAR menerusi SYOK atau melalui 88.8 FM (Kuantan), 106.8 FM (Kuala Terengganu), 88.1 FM (Kota Bharu) dan 863 (saluran Astro).
Anda juga boleh bersama dengan Anna dalam #GegarMalam dan #HindiPower setiap Ahad hingga Khamis, bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jual Tudung Di Sosial Media, Feeya Iskandar Sebak Bila Netizen Tanya Fasal Gaji Penyampai Radio - “Saja Nak Suruh Kita Menangis…”

gempak
06/10/2024
12:55 MYT
Gara-gara aktif menjual tudung di laman sosial sejak kebelakangan ini, netizen mula bertanyakan Feeya Iskandar mengenai gaji yang diterima setiap bulan sebagai penyampai radio.
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

gempak
04/09/2024
14:30 MYT
Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.
Hiburan

“Bila Dengar Luahan Masalah Orang, Buat Saya Rasa Lebih Bersyukur” - Mawi

gempak
27/08/2024
15:46 MYT
Penyanyi dan penyampai ZAYAN, Mawi akui segmen ‘Bukan Nama Sebenar’ di platfom radio berkenaan banyak mengajarnya erti bersyukur.
Hiburan

Tiada Lagi Usikan Nakal Di Konti Radio, Haniff Tinggalkan ERA & Ean Undur Diri Dari HITZ

gempak
31/07/2024
12:23 MYT
Penyampai radio ERA, Haniff Hamzah dan HITZ iaitu Ean mengambil Keputusan untuk meninggalkan kerjaya mereka.
Hiburan

Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”

gempak
31/07/2024
02:55 MYT
Pelawak Angah mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas sebagai penyampai radio SINAR atas faktor masalah kesihatan yang dihadapinya.
BorakSeeni