Hiburan
“Menangis Sampai Hari Kedua Je” - Tya Arifin Kongsi Momen Anak Ke Sekolah
Pengacara dan pelakon Indonesia Tya Arifin berkongsi momen hari pertama persekolahan anaknya, Arif Jiwa.
Tya berkongsi momen tersebut menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya semalam.
Menurut Tya pada mulanya dia berasa agak runsing dengan rutin baru tersebut.
Bagaimanapun kerisauannya hilang selepas Arif menunjukkan tanda bersemangat untuk ke sekolah.
“Saatnya ambil Arif di sekolah. Memang betul, ‘trust the process’. Awal Tya ada kerisauan juga Arif ke sekolah, tempat baru, kawan baru, kebiasaan baru.
“Yang mana Arif harus adaptasi sendiri. Arif menangis? Ya ada di awal sekolah, sampai hari kedua sahaja.
“Setelah hari ketiga… Alhamdulillah, Arif sudah menerima dan sampai hari ini malah Arif yang bersemangat ke sekolah.
“Dia akan bangun pagi dan tahu kalau dia ada rutin baru iaitu sekolah. So, ibu hebat yang ada niat nak hantar anak sekolah, jangan risau ok?” tulisnya.
Terdahulu, Tya telah mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid pada 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
Must-Watch Video