Pendakwah bebas kesayangan negara, Ustaz Ebit Lew akhirnya kembali ke pangkuan keluarga selepas selesai di kuarantin.

Menurut Ebit, dia terpaksa menahan rindu terhadap keluarganya demi melaksanakan tanggungjawab misi kemanusiannya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, video pendek yang dimuat naik itu merakamkan momen menyentuh hati Ebit saat tiba di rumah dan memeluk anak-anak.

Selain anak-anak, Ebit juga turut mencium pipi isteri kesayangannya.

“Rindunya Ya Allah… Dekat dua bulan. Ya Allah setiap hari perit rasa rindu. Selalu sorok rasa rindu.

“Menangis seorang diri saat sujud. Apakan daya inilah tuntutan perjuangan kerana Allah. Kemuncak perjuangan kali ini perginya ayah tercinta.

“Ya Allah rindunya bidadari dan anak-anak. Maafkan ayah wahai anak-anakku. Maafkan abang ya bidadariku.

“Ya Allah terima kasih temukan bidadari dengan anak-anak. Hanya air mata ubat sedikit rasa rindu. Terpaksa nangis kuat-kuat kadang masa doa. Kuatkan hati masa call dan video call.

“Ya Allah betapa sayangnya diriku kepada bidadari dan anak-anakku. Sayangilah mereka, jagakan mereka bersama kami di dunia dan sampai syurga firdaus.

“I love you sayang bidadariku. I love you anakku,” coretnya.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Untuk info, Ebit baru sahaja kehilangan bapa tercinta pada 13 Julai lalu.

Sebelum ini Ebit memaklumkan kesihatan bapanya semakin merosot selepas disahkan menghidap kanser perut tahap akhir.

Ebit juga telah menjalankan kuarantin selepas pulang dari menjalankan misi kemanusiaan di Palestin.