Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Menangis Tanpa Henti Ketika Tonton Avengers: Endgame, Gadis Dikejarkan ke Hospital

Kamaruddin Razal
26/04/2019 14:14 MYT
Seorang gadis dibawa ke hospital setelah menangis tanpa henti selama tiga jam dalam pawagam ketika menonton filem Avengers: Endgame, lapor Astro Awani.

Menurut laporan berita people.cn, pelajar kolej di Zhejiang, China itu terus mengalirkan air mata sehinggalah ke penghujung filem.

Pelajar yang dikenali sebagai Xiao Li, 21, itu dilapor membeli tiket filem itu sebaik saja ia mula dijual kepada orang ramai.

Ketika menonton, rakannya perasan yang Xiao Li mengalami masalah pernafasan selain tangan serta kakinya seakan longlai.

Apabila Xiao Li mula menangis dan menunjukkan tanda-tanda kelumpuhan, rakannya terus menghubungi talian kecemasan.

Doktor di Hospital Mingzhou Univeriti Zhejiang yang memeriksa Xiao Li mendapati gadis itu menunjukkan simptom hiperventilasi.

“Gadis itu menangis hingga menyebabkan dia mengalami hiperventilasi.

"Kami berjaya menenangkannya dengan memberikan dia oksigen tambahan."

Keadaan Xiao Li semakin pulih selepas rawatan dan dia dibenarkan pulang pada hari sama.

Sumber: Astro Awani
#Avengers: Endgame