Menangis Terduduk Di Tangga Bas Sekolah, Cik Bibah Panjat Syukur Doa Termakbul - "Mak Dah Tak Kuat..."
Ernalisa
18/09/2024 10:25 MYT
18/09/2024 10:25 MYT
Doa ibu tiada hijabnya, itu yang dapat diringkaskan menerusi kisah yang viral melibatkan 'Abang Bas' dan ibunya yang dapat kembali memeluk anak lelakinya selepas dibebaskan dengan wang jaminan RM40,000.
Dalam video berkenaan juga, Cik Bibah terduduk di tangga bas yang pernah dipandu anak lelakinya sebelum ini sambil menitipkan doa yang baik-baik.
Malah, Cik Bibah turut menyatakan anaknya yang dipanggil Hadim dianggap sebagai anak harapan keluarga yang turut berjasa dengan penduduk kampung Simpang Renggam.
“Kau pun dah uruskan Amanah dan tanggungjawab mengambil dan menghantar anak-anak Simpang Renggam dengan selamat,” katanya.
'Abang Bas’ yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan bukan fizikal serta memuat naik hantaran jelik dibebaskan dengan jaminan di Mahkamah Muar, Johor pada Selasa.
Pembebasan itu dibuat selepas keluarga kepada lelaki berusia 24 tahun itu selesai membuat bayaran jaminan keseluruhan RM40,000 selepas didakwa di dua Mahkamah Sesyen berasingan di Muar dan Batu Pahat minggu lalu.
Proses membayar ikat jamin berkenaan dilakukan peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar secara probono selepas lebih seminggu ditahan di pusat tahanan sementara berikutan tidak mampu menjelaskan bayaran dikenakan terhadapnya.
BERITA BERKAITAN : Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"
BERITA BERKAITAN : Bapa Bakar Anak Hidup-Hidup Kerana Keluar Rumah Tak Minta Izin
BERITA BERKAITAN : Diisytihar Musuh Selepas Keluar GISB, Bekas Jemaah Cerita Perit Hidup Tiga Tahun Dipisah Anak Isteri - "Fikiran Didoktrin, Mereka Ditempatkan Di Negara ..."
BERITA BERKAITAN : Bulu Masih Di Bibir, Wanita Makan Kucing Hidup-Hidup
Dalam video yang viral memaparkan seorang wanita pertengahan usia yang dikenali sebagai Cik Bibah, yang difahamkan ibu kepada 'Abang Bas', sambil mengalirkan air mata, dia turut memanjatkan rasa syukur."Mak cik ucapkan terima kasih kepada yang terlibat membantu 'abang bas' selama ini. Hadim kau kena kuat nak dengan dugaan ini, mak dah tak kuat nak bawa bas sekolah nak," getus hatinya dalam video terbabit.
Dalam video berkenaan juga, Cik Bibah terduduk di tangga bas yang pernah dipandu anak lelakinya sebelum ini sambil menitipkan doa yang baik-baik.
Malah, Cik Bibah turut menyatakan anaknya yang dipanggil Hadim dianggap sebagai anak harapan keluarga yang turut berjasa dengan penduduk kampung Simpang Renggam.
"Hadim boleh pilih nak bekerja di luar dengan pendapatan yang lebih besar..tetapi Hadim anak muda dan anak bongsu dalam keluarga yang pilih untuk berbakti pada keluarga.