HIBURAN

"Menantu Saya Tak Kaya, Tapi Tak Meminta-Minta" - Bonda Rozita Sifatkan Datin Shahida Menantu Terbaik, Anugerah Terindah

Amri Hassan 21/04/2025 | 00:48 MYT
Usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, meluahkan penghargaan tulus terhadap menantunya, Datin Shahida, menerusi satu hantaran di Instagram yang menyentuh hati ramai.

BERITA TRENDING: Datin Shahida Bidas Dakwaan Gila Populariti & Tumpang Hasil Kekayaan - “Baik Saya Duduk Dirumah Habiskan Duit”

Menyifatkan Shahida sebagai 'beauty with brain', Rozita mengakui wanita itu bukan sahaja isteri kepada anak lelakinya, Datuk Aliff Syukri, malah sahabat sejati yang sentiasa ada saat suka dan duka.
“Jika saya uzur nanti, saya pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. Sebab itu dia jadi pilihan saya sebagai menantu.
"Dia sahabat baik saya yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tak tahu, saya sorokkan, hanya dengan Ida saya ceritakan. Allah jagakan insan ini untuk Kri (Aliff Syukri) dan anak-anaknya," tulisnya.
Rozita turut berkongsi pengalaman sebagai bekas menantu, justeru memahami cabaran wanita yang berkahwin masuk ke dalam keluarga suami. Katanya, Shahida dan seorang lagi menantu, Fiza, adalah hadiah terindah buat anak-anak lelakinya kerana sabar, bijak dan kuat.
"Saya amat berterima kasih kepada menantu perempuan kerana merekalah yang melayani anak-anak lelaki saya dalam setiap suka dan duka.
"Sebagai seseorang yang pernah menjadi menantu, saya faham betapa kekok dan terasingnya perasaan apabila masuk ke dalam keluarga orang.
"Itulah sebabnya saya sentiasa membela hak menantu—kerana saya sedar akan kelemahan anak-anak saya sendiri. Mereka juga adalah anak kepada orang lain, dan harus dihargai sebaiknya.
"Menantu pilihan saya, Ida dan Fiza, adalah hadiah paling berharga yang saya berikan kepada anak-anak lelaki saya. Mereka sabar, bijak, dan kuat—itulah kecantikan sebenar pada pandangan saya.
"Bagi saya, mereka adalah anugerah Allah yang sangat bernilai dalam kehidupan ini," tambahnya.

BERITA TRENDING: Aliff Syukri Akhirnya Bersuara Isu Keluarga, Mohon Hentikan Segala Pertengkaran - “Kri Hanya Nak Mak Bahagia, Maaf Kalau Kri Salah…”

BERITA TRENDING: “Saya Rasa Tidak Layak Untuk…” - Shahida Enggan Ulas Isu Perkahwinan Rozita Ibrahim

Menariknya, Shahida bukan berasal dari keluarga kaya, namun sangat kaya dengan kebaikan dan tidak pernah meminta-minta. Malah, ketika arwah ibu bapa Rozita sakit, Shahida dan suaminya menjadi cucu paling setia menemani dari awal hingga ke akhir.
"Menantu saya bukan orang kaya, tetapi sangat kaya dengan kebaikan. Mereka tidak pernah meminta-minta, malah pernah saya suruh Ida ambil duit daripada Kri kerana risau peminat terlalu ramai—namun dia bukan mata duitan.
"Saat saya jatuh dalam bisnes dan emosi, Ida dan Fiza sentiasa ada, setia menemani tanpa diminta. Mereka bukan sekadar menantu, tetapi penyokong setia di sisi saya.
“Saya tak beri kekayaan, tetapi saya ajar mereka mencari kekayaan jiwa,” tambahnya.
Bagi Rozita juga, menantu bukan sekadar ahli keluarga, tetapi insan yang patut dihargai dan disayangi.
#Viral #Aliff Syukri #Bonda Rozita #Menantu #Mentua #Datin Shahida