Cerita yang meletop menghiasa hari Khamis anda. Kalau terlepas, jom kita semak lima story pilihan Gempak.


1. Ben Amir bersetuju membayar RM100,000 kepada pihak produksi Elisa Vision Sdn Bhd

Kes di antara pelakon Ben Amir dan Elisa Vision Sdn Bhd telah diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak.

BACA: Isu Saman Syarikat Produksi, Ben Amir Setuju Bayar RM100,000! - "Kita Selesai Cara Baik"

2. Seorang pelanggan mengamuk di hadapan gerai Cef Ammar

sekali lagi, nama Cef Ammar viral di media sosial apabila seorang pelanggan dikatakan memahari kakitangan gerai di bazar Ramadan apabila memberi keutamaan kepada wanita mengandung untuk membeli makanan jualannya.

BACA: Staff Kena Marah Sebab Beri Keutamaan Pada Wanita Hamil, Cef Ammar Naik Hantu! “Makin Bodoh Some Malaysian” - Netizen

3. Syed Saddiq jumpa keluarga Yasin.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang terang memperjuangkan penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bertemu empat mata dengan keluarga penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman pada Rabu.

BACA: Lantang Pejuang Kanabis Untuk Tujuan Perubatan, Syed Saddiq Jumpa Keluarga Yasin Sulaiman

4. Daiyan Trisha mohon jodoh di hadapan Jabal Rahmah

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha tidak melepaskan peluang untuk memanjatkan doa di Jabal Rahmah, Makkah agar dikurniakan seorang suami yang baik buatnya.

BACA: “Mungkin Sudah Tiba Masanya…”- Daiyan Trisha Doa Jodoh Di Jabal Rahmah

5. Ebit Lew bertemu Baim Wong di Jakarta

Pendakwah bebas, Ebit Lew yang kini dalam misi kemanusiaan di beberapa negeri di Indonesia dilihat bertemu dengan bintang terkenal republik tersebut, Baim Wong hari ini.

BACA: Ebit Lew Jumpa Baim Wong Di Jakarta, Cadang Mahu Ke Afrika Bersama