Jika anda mencari-cari filem bergenre aksi heist atau jenayah rompakan untuk ditonton bagi mengisi masa lapang, apa kata anda cuba empat filem yang kami senaraikan di bawah ini.

Terdiri daripada pelbagai negara dan tahun tayangannya, Gempak senaraikan filem yang anda harus tonton hujung minggu ini.

Ingin tambah seronok lagi, apa kata anda layan filem-filem ini bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda.

1. 21 (2008)

21 mengisahkan seorang mastermind, dia adalah Micky yang bekerja sebagai seorang profesor subjek matematik di sebuah Universiti terkemuka.

Micky telah melatih seramai lima orang mahasiswa di Universitinya dimana mereka mempunyai pemikiran yang sangat bijak. Micky kemudiannya menggunakan siswa tersebut dalam misinya untuk memenangi wang berjumlah jutaan dolar Amerika dalam permainan blackjack di Las Vegas.

Blackjack adalah perjudian yang pemainnya harus mengumpulkan kad permainan yang bernombor 21. Kesempatan untuk menang akan lebih terbuka jika para pemainnya handal mengatur percaturan dan bijak menyusun kad bernombor 21 itu.

Pelakon: Jim Sturgess, Kevin Spacey, Kate Bosworth, Aaron Yoo, Liza Lapira dan Jacob Pitts.

Rate: 3/5

2. Now You See Me (2013)

Now You See Me merupakan sebuah filem jenayah rompakan yang menceritakan kisah sekumpulan ahli silap mata. Jenayah rompakan dalam filem ini sepenuhnya dirancang oleh kumpulan yang dikenali The Four Horseman.

The Four Horsemen menggunakan teknik memanipulasi secara psikologi dan teknik silap mata untuk merompak beberapa bank. Mereka juga telah berjaya memecah masuk beberapa jabatan dan bangunan yang dikawal ketat.

Pelakon: Isla Fisher, Mark Ruffalo, Dave Franco, Woody Harrelson, Jesse Eisenberg dan Mélanie Laurent

Rate: 4/5

3. Baby Driver (2017)

Baby Driver mengisahkan seorang pemandu teksi yang diupah oleh sekelompok pencuri.

Baby Driver sangat mahir dengan selok belok jalan dikawasan yang ditawan pencuri tersebut, malah wajahnya yang baik dan innocent membuatkan ramai tidak menyangka dia adalah dalang yang melakukan jenayah rompakan.

Pelakon: Ansel Elgort, Lily James, Kevin Spacey, Jon Bernthal, Jamie Foxx dan Jon Hamm

Rate: 3.5/5

4. Mencuri Raden Saleh (2022)

Mencuri Raden Saleh adalah filem aksi heist terbaharu dari Indonesia yang diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko. Mencuri Raden Saleh memiliki jalan cerita yang sangat jarang ditemui dalam mana-mana filem aksi tempatan Indonesia.

Filem ini mengisahkan sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘Komplotan’. Mereka telah ditawarkan untuk melakukan sebuah jenayah rompokan mencuri sebuah lukisan karya pelukis tersohor iaitu Raden Saleh yang diletakkan di Istana Negara Indonesia. Bagaimanapun, berlaku pengkhiatan ketika rancangan rompakan itu berlaku.

Sejak ditayangkan di Indonesia 25 Ogos lalu, Mencuri Raden Saleh telah berjaya mengiburkan lebih 2.1 juta penonton di Indonesia dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Anda tunggu apa lagi, jom serang pawagam sekarang!

Pelakon: Iqbal Ramadhan, Angga Yunanda, Aghniny Haque, Rachel Amanda, Umay Shahab dan Ari Irham.

Rate: 5/5