Penyanyi Amir Masdi menjelaskan dirinya dalam keadaan baik selepas mencetuskan tanda tanya mengenai ciapannya di platform X baru-baru ini.
Jelas Amir, ciapan berbaur penat dan sedih itu bukanlah bersifat peribadi.
"Sebenarnya, semua tweet yang saya buat baru-baru ini bukanlah sesuatu yang peribadi. Saya petik ayat tersebut dari album saya yang akan datang, dan setiap tweet itu berdasarkan mesej dari lagu-lagu yang akan datang.
Penyanyi lagu Asmara itu menjelaskan bahawa ciapan yang dibuatnya tidak ditujukan kepada sesiapa pun secara khususnya. Dia hanya mengambil beberapa lirik daripada album barunya untuk dimuatkan dalam akaun aplikasi X.
“Kali ini album saya ada lagu yang berunsur positif dan negatif," jelasnya.
Tambah Amir, dia bersyukur kerana orang luar masih lagi perihatin tentang keadaan dirinya selepas dia memuat naik ciapan tersebut.
“Saya bersyukur sangat sebab pasukan saya, peminat dan family saya dalam keadaan yang sangat baik alhamdulillah. Terima kasih kerana masih perihatin kepada saya”, kongsinya.