Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menderita Sakit Afasia, Aktor Bruce Willis Bersara Jadi Pelakon

Maliah Surip
31/03/2022 14:49 MYT
Dunia hiburan Hollywood dikejutkan dengan khabar dari salah seorang pesohor mereka, Bruce Willis.

Willis yang cukup terkenal menerusi francais filem Die Hard mengumumkan bersara dari dunia seni kerana mengalami masalah kesihatan.

Pengumuman tersebut disampaikan melalui keluarganya, menerusi akaun Instagram anaknya, Rumer.

Keluarga menuliskan Willis terpaksa meninggalkan dunia hiburan yang telah menjadi lapangan kerjanya lebih 40 tahun kerana mengalami beberapa masalah kesihatan yang memburuk akibat penyakit Afasia.

Afasia adalah suatu keadaan yang merampas kemampuan untuk berkomunikasi dan dapat disebabkan oleh stroke, cedera kepala atau tumor otak.

"Kepada para peminat Bruce yang luar biasa, sebagai sebuah keluarga kami ingin menyampaikan bahawa Bruce kami tercinta telah mengalami beberapa masalah kesihatan dan baru-baru ini didiagnosis menderita afasia, yang memengaruhi kemampuan kognitifnya," tulis kenyataan dalam kemas kini tersebut.

Kenyataan tersebut kemudian menambah: “Sebagai hasil dari ini dan dengan banyak pertimbangan, Bruce memutuskan meninggalkan karier yang sangat bererti baginya.

Mereka sekeluarga juga mengaku sedang melalui waktu sulit dan mahu terus menyokong aktor berusia 67 tahun itu mendapatkan semula kehidupannya yang baik.

Sementara itu, bekas isterinya, Demi Moore dilaporkan menyokong dan sentiasa mengambil berat terhadap kesihatan Willis.

Willis kini bahagia dengan isterinya, Emma Heming Willis serta lima orang anak.

#pelakon #Hollywood #Bruce Willis #Afasia #Die Hard
;