UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
BERITA

Mengaku Bersalah, Penjual Jagung ‘Rasis’ Didenda RM400

Gempak 21/02/2025 | 22:59 MYT
Penjual jagung yang tular selepas meletakkan notis menghina kaum baru-baru ini didenda RM400 oleh Mahkamah Majistret Sepang.
Lelaki warga emas berusia 64 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan bersama pertuduhan alternatif di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan G Shan Gopal ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.
Beliau berkata, isteri lelaki itu juga turut berdepan pertuduhan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan tinggal lebih masa.
“Susulan itu, wanita warga Indonesia berusia 52 tahun itu dijatuhi hukuman penjara selama tiga bulan oleh mahkamah sama.
“Wanita itu mengaku bersalah atas tuduhan dibacakan mengikut Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Katanya, pihaknya menasihati orang ramai agar menjaga hubungan antara kaum dan tidak mengeluarkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan perkauman.
Jelasnya lagi, sebarang bentuk provokasi terhadap sensitiviti agama dan kaum dikhuatiri boleh membangkitkan ketegangan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

BERITA TRENDING: Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tuntut Ibu Bapa

BERITA TRENDING: "Tak Solat Ke Datin?" - Netizen Persoal Ibadah

Sebelum ini, penjual jagung berkenaan mencetuskan kontroversi selepas memaparkan papan tanda berunsur perkauman ketika menjual jagung bakar di Kota Warisan di sini baru ini.
Sumber: Kosmo
#Denda #Jagung #Rasis #'bersalah