Hiburan

Mengaku Hubungan Dengan Syafiq Kyle Berakhir, Mimi Lana Enggan Dedah Sebab Putus Cinta

Fiza Kamarudin
03/06/2020
17:07 MYT
Pelakon Mimi Lana mengakui hubungan cintanya dengan pelakon Syafiq Kyle sudah berakhir baru-baru ini.
Mimi bagaimanapun ketika dihubungi Gempak enggan mendedahkan sebab hubungan mereka terlerai kerana menganggap ia perkara peribadi.
“Ya, betullah spekulasi yang tersebar itu. Kami dah tak ada apa-apa. Kami berpisah secara baik dan masing-masing dah move forward.
“Saya minta maaf, tentang mengapa hubungan kami berakhir itu biarlah saya simpan sendiri kerana ia hal peribadi saya,” kata Mimi. Tambah bintang filem Pusaka ini lagi, enggan mempertikaian soal jodoh kerana semuanya merupakan suratan takdir.
“Lagipun siapalah kita untuk mempersoalkan tentang jodoh. Kita hanya merancang, Allah SWT yang menentukan segalanya,” kata Mimi positif.
Mimi dan Syafiq Kyle bercinta sejak lima tahun lalu namun hanya mendedahkan mengenai perkara tersebut pada pertengahan tahun 2019.
Bagaimanapun kedua-dua pelakon sama cantik sama padan itu menafikan menyorok kisah cinta mereka, sebaliknya berbuat demikian kerana kurang selesa berkongsi mengenai kisah peribadi secara terbuka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dah Putus Cinta, Lelaki Buruk Siku Minta Bapa Bekas Kekasih Bayar Balik Duit Makan RM30

gempak
16/07/2024
14:25 MYT
Seorang lelaki meraih perhatian gara-gara meminta kembali duit yang telah dibelanjakan untuk membeli makanan selepas putus cinta dengan bekas teman wanitanya.
Drama

Pengulas Filem Bagi Skor Tinggi, Ini Sebab Korang Wajib Tonton Drama Framed!

gempak
03/07/2024
15:58 MYT
Drama bergenre fantasy investigative thriller, Framed terbitan Astro Shaw telah melabuhkan tirainya pada 21 Jun lalu.
Hiburan

Mimi Lana Sulam Kata-Kata Manis Buat Syafiq Kyle Sempena Hari Lahir Ke-32 - “Kasih Saya Terhadap Awak…”

gempak
24/06/2024
01:55 MYT
Pelakon Mimi Lana memuat naik hantaran menyentuh hati di Instagram akaun miliknya sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-32 aktor, Syafiq Kyle.
Filem

Atas Permintaan Tinggi, Filem Sheriff Kini Boleh Ditonton Menerusi Astro First di Astro & sooka!

gempak
21/06/2024
04:55 MYT
Rentetan daripada kejayaan besar filem blockbuster nombor 1 tahun ini, ‘Sheriff’, Astro membawakan filem ini kepada semua penonton Malaysia menerusi Astro First di Astro dan peranti pilihan anda, sooka.
Filem

Siapa Kata Perempuan Tak Cekap Memandu? Ini 5 Filem Dengan Karakter ‘Lady Driver’ Yang Harus Ditonton… No. 5 Tu Memang Sempoi!

gempak
15/06/2024
09:55 MYT
Sebut sahaja tentang pemanduan, pasti ramai yang skeptikal dengan kemahiran memandu wanita.