Menantu kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Ahmad Aslam mengaku dirinya mencari rezeki sebagai pemandu Grab.

Persoalan netizen itu akhirnya terjawab selepas Aslam memuat naik gambarnya memakai baju dengan memegang topi keledar syarikat e-hailing berkenaan di akaun TikTok miliknya.

“Ye lah saya bawa Grab je,” tulisnya ringkas.


Ramai terpegun tengok Aslam

Sementara itu dalam hantaran berasingan, Aslam telah memuat naik video merakamkan dirinya memberi salam dan meminta orang ramai untuk mengikutinya di akaun TikTok baharunya itu.

“Hai, assalamualaikum, saya Aslam, follow akaun TikTok baharu saya," katanya dalam video berkenaan.

@aslamgrab

♬ original sound - aslam

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa terkejut kerana akhirnya dapat melihat sendiri Aslam di media sosial dan juga mendengar suaranya.

Antara komen yang diberikan adalah tentang rupa paras Aslam yang kacak dan juga gelagat lucunya.

“Hensem sungguh la Aslam ni... Patut lah Marissa pun

suka. Elok rupa paras,”

“First time dengar suara dia. Ada suara rupanya haha,”

“Handsome… Patut Marissa tergila-gila,”

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah Kerjaya Sebenar Aslam - "Dia Pemandu E-Hailing, Buat Bisnes ..."

Terdahulu, nama Aslam hangat diperkatakan selepas berkahwin dengan anak Abby dan Norman Hakim, Marrisa Dania, 18, di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

Aslam dikatakan berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertamanya, Umisya Mazlan.

BERITA TRENDING: Kongsi Video Mesra Dengan Keluarga, Netizen Tanya: “Macam Mana Nak Ada Hati Baik Macam Kak Abby Ni?”

BERITA TRENDING: Tampil Mohon Maaf, Marissa Dania Akui Khilaf - “Ini Adalah Jalan Yang Saya & Aslam Pilih…”

BERITA TRENDING: Abby Abadi Dedah CCTV Kantoikan Marissa, Cerita Kronologi Pernikahan Anak Di Thailand