Polemik keluarga yang tercetus antara Abby Abadi, Norman Hakim dan anak mereka, Marissa Dania meraih perhatian yang cukup besar dalam kalangan netizen.
Apatah lagi selepas masing-masing dilihat telah berdamai dengan takdir, ramai dalam kalangan netizen turut berkongsi rasa gembira menyaksikan perubahan tersebut.
Hal itu boleh dilihat menerusi perkongsian video terbaharu yang dimuat naik oleh Abby menerusi Instagram.
Baik hati
Menerusi ruangan komen, ada yang memuji kekuatan dan kebaikan hati budi Abby Abadi dalam mengharungi hal-hal kurang enak melibatkan keluarganya sejak kebelakangan ini.

Terdahulu, kecoh apabila anak Marissa Dania didakwa telah mendirikan rumah tangga secara ‘kahwin lari’ di Thailand bersama lelaki bernama Aslam.
Sungguhpun pelbagai isu timbul daripada berita itu, namun, hubungan kekeluargaan mereka kembali terjalin apabila Abby memuat naik video bertemu dengan menantunya pada hari raya lalu.
Sumber: Instagram