Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mengaku Lafaz Cerai Depan Saksi, Bekas Suami Nadia Brian; "Jangan Kaitkan Saya Dengan Dia Lagi!"

Amri Hassan
06/04/2021 05:25 MYT
Bekas suami pelakon Nadia Brian, Muizz Nasruddin mengaku telah berpisah secara sah pada malam Jumaat lalu.

Kata Muizz, 30, dia terlebih dahulu telah memfailkan perceraian terhadap aktres tersebut pada Oktober 2020.

BACA: Jodoh Tak Panjang.. Nadia Brian & Suami Sah Cerai Talak Satu

Muizz melafazkan cerai di hadapan saksi daripada dua belah pihak di kawasan perumahan Puchong tanpa menunggu tarikh perbicaraan yang ditetapkan mahkamah.

"Saya telah failkan perceraian pada Oktober tahun lalu. Oleh kerana mahkamah lambat menetapkan tarikh perbicaraan, saya telah membuatkan keputusan untuk melafazkan cerai di luar makamah.

"Dengan cara ini kami dapat 'move on' dengan kehidupan kami. Lafaz cerai itu dilakukan pada malam, Jumaat lalu di kawasan perumahan Puchong. Turut hadir saksi dari dua pihak," kata Muiz.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi mengesahkan dia dan bekas suaminya itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu.

Kata pelakon Ratu Kala Jengking itu, perceraian tersebut dilakukan di luar mahkamah seperti yang diminta oleh Muizz.

Terdahulu, Muizz pernah memuat naik status di Instagram seakan-akan memberi bayangan mengenai status rumah tangga mereka selain mengatakan dia ingin memulakan kehidupan baharu.

BACA: Tak Ingin Dikaitkan Dengan Bekas Suami, Nadia Brian Nak 'Move On' Tanpa Gangguan

Justeru, Muizz berharap agar dia tidak lagi dikaitkan dengan Nadia selepas ini namun masih mendoakan bekas isterinya menemui kebahagiaan yang dicari.

"Saya harap kepada semua supaya jangan kaitkan saya bersama dia lagi. Saya doakan yang terbaik buat Nadia dan semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya," ujarnya.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan ini hangat diperkatakan sejak Oktober lalu dan lebih mencetuskan tanda tanya apabila Muizz pernah mendedahkan Nadia berlaku curang di belakangnya.

Bagaimanapun Nadia menafikan semua tuduhan yang terbabit malah menyifatkan ia sebagai tnah semata-mata.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
#pelakon #Kontroversi #cerai #Nadia Brian #Mahkamah #Muizz Nasruddin
;