Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mengaku Salah, Aisar Khaled Mohon Maaf Kepada Shuib - "Netizen Berhentilah Mengungkit & Fitnah"

Amri Hassan
12/08/2021 05:04 MYT
YouTuber Aisar Khaled tampil memohon maaf secara terbuka ekoran memuatnaik kandungan video yang melanggar sensitiviti keluarga penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin baru-baru ini.

BACA: Buat Video Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Dikecam Netizen Lagi - "Tak Penat Ke Bodohkan Diri Sendiri..."

Aisar yang menyesali perbuatannya turut menghubungi suami Siti Sarah, Shuib bagi memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar.

"Assalamualaikum, saya Aisar Khaledd mengucapkan salam takziah kepada keluarga abang Shuib dan saya ingin meminta maaf kepada arwah kak Siti Sarah serta abang Shuib dan seluruh keluarganya, tak juga lupa seluruh rakyat Malaysia.

"Saya mengaku salah bahawa membawa sensitiviti ke dalam video saya iaitu mengenai arwah kak Siti Sarah. Yes memang salah.

"Saya belajar dari kesilapan yang saya buat dan saya berjanji lepasni akan lebih berjaga-jaga sebelum membuat apa-apa content dan tidak memandang sebelah mata terhadap content yang ditertibkan.

"Minta maaf Abang Shuib dan keluarga lagi sekali," tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.



Pada masa sama, Aisar menasihati orang ramai terutama netizen agar tidak menokok-tambah dah menjadi batu api hingga mendatangkan fitnah.

"Netizen berhentilah mengungkit-ungkit mengenai isu yang tidak benar. Saya tengok banyak orang yang suka bertambah rasa pada cerita tersebut & fitnah semata-mata.

"Saya tidak mahu isu ini menjadi berlebih-lebihan. Ini adalah pengajaran & ujian terbesar di dalam hidup saya. Saya sanggup menerima seadanya.

"Saat orang lain berbuat salah dan dosa yang terarah kepada kita, kita diajari untuk memaafkan," tambahnya.

Terdahulu, tindakan Aisar berkongsi kandungan video menziarahi tanah perkuburan tempat Allahyarhamah Siti Sarah disemadikan mengundang marah netizen.

BACA: "Simpan Rakamana, Sebab Itu Penyumbang Karma Anda" - Muat Naik Video Ziarah Kubur, Sharnaaz Sound Aisar Khaled

Selain membuat giveaway, iklan dan monetize video terbabit, Aisar juga dikritik dengan berpakaian seluar ketat ketika ke kawasan perkuburan itu.
#Viral #Siti Sarah #Kontroversi #Sharnaaz Ahmad #Netizen #Shuib #Kubur #YouTube #Kecam #Aisar Khaled #Content
;