,
Hiburan

Mengaku Salah Curi Wallet Kripto A Aida, Mas Khan Didenda RM17,000

Asraf Aided
08/07/2020
12:25 MYT
Pelakon Mas Khan telah dikenakan denda sebanyak RM17,000 atau penjara selama 26 bulan jika gagal membayar denda selepas mengaku bersalah mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik penerbit Datuk A Aida.
Memetik laporan Harian Metro, Majistret Farah Nasihah Annuar menjatuhkan hukuman itu selepas Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan Mas Fadzillah Khan menukar pengakuan kepada bersalah dalam sebutan ketiga kes berkenaan.
Untuk pertuduhan pertama, Mas telah dikenakan denda sebanyak RM7,000 atau penjara 12 bulan, sementara denda RM10,000 atau penjara 14 bulan untuk kesalahan kedua.
Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh telah didakwa mencuri wallet mata wang kripto milik A Aida, 50, atau nama sebenarnya Zaidah Awang tanpa izin dengan nilai RM59,804.15 dan RM154,000.85 di Taman Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur pada 7 Mac 2019.
Difahamkan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, Mas yang diwakili peguam Surya Putra Mohamad Taufan telah memohon denda minimum dengan alasan anak guamnya merupakan penanggung utama keluarga dan telah memberi kerjasama baik sejak awal siasatan.
Walaubagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur Intan Syakieraah Zakaria memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana kes tersebut membuatkan mangsa mengalami kerugian tinggi yang melebihi RM200,000.
Sumber : Harian Metro/BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Berita

Rusia Denda Google AS$20,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000

gempak
01/11/2024
08:23 MYT
Russia didakwa cuba mendapatkan wang cara mudah daripada salah satu syarikat teknologi terbesar dunia iaitu Google dengan satu angka yang tidak terjangkau.
Berita

Gara-gara Tidak Balas Mesej ‘Good Morning Sayang’, Lelaki Mengaku Tampar Teman Wanita Bayar Denda RM 800

gempak
17/10/2024
10:25 MYT
Seorang penjaga stor mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di Batu Pahat, Johor atas tuduhan mencederakan teman wanita selepas bergaduh berhubung isu tidak membalas mesej dihantar melalui aplikasi WhatsApp, Khamis lalu.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Unitar