Laman Utama
Mengejutkan! Nenek Berusia 76 Tahun ‘Bangkit’ Dari Kematian
Mengejutkan! Seorang nenek berusia 76 tahun, Bella Montoya kembali bangun ketika berada dalam keranda semasa upacara pengebumiannya di Ecuador baru-baru ini.
Kejadian tersebut berlaku dua hari selepas nenek itu disahkan meninggal dunia oleh hospital tempatan yang merawatnya.
Anak lelaki Bella, Gilbert Balberan berkata, selepas bangun dari maut, ibunya mendapat sokongan oksigen dan hatinya stabil. Gilbert menambah, Bella memberi reaksi apabila koktor mencubit tangannya.
“Sedikit demi sedikit saya faham apa yang berlaku. Sekarang saya hanya berdoa agar kesihatan ibu bertambah baik. Saya mahu dia hidup dan berada di sisi saya," katanya.
Kementerian Kesihatan Ecuador dalam satu kenyataan pada hari Ahad mengatakan bahawa Bella dimasukkan ke hospital kerana disyaki diserang strok dan mengalami serangan jantung, yang membuatnya dinyatakan meninggal dunia.
"Dia mengalami serangan jantung tanpa bertindak balas terhadap gerakan resusitasi, jadi doktor yang bertugas mengesahkan kematian," tulis kenyataan itu.
Pihak kementerian juga mengesahkan bahawa ia telah menubuhkan sebuah suruhanjaya khas untuk menyiasat kejadian tersebut dan akan mengawasi rawatan perubatan Bella di hospital.
Sumber: Detikdotcom
Must-Watch Video