Hiburan

Menghambakan Diri Dalam Bidang Seni Sejak Kecil, Diana Danielle Rancang Bersara Awal

gempak
Rozaimi Zubaidi
19/04/2017
10:10 MYT
Sponsor Banner
Menghambakan Diri Dalam Bidang Seni Sejak Kecil, Diana Danielle Rancang Bersara Awal
Pelakon Diana Danielle mengakui mempunyai rancangan untuk bersara awal daripada industri seni kerana ingin menghabiskan masa bersama keluarga.
Diana atau nama Diana Danielle Danny Beeson, 26, berkata, dia kini sedang gigih berusaha untuk mengumpul aset bagi mencapai sasaran itu.
“Sekarang adalah masa untuk saya bekerja keras kerana saya mempunyai impian untuk bersara awal daripada industri.
"Selama ini, saya sudah menghambakan diri dalam bidang seni sejak kecil dan apa salahnya jika saya memberi ruang kepada diri sendiri untuk menikmati hidup pada usia tua nanti.
"Ini adalah satu doa yang saya harapkan kerana saya sasarkan untuk terus aktif dalam industri adalah sehingga usia 45 tahun," katanya kepada Astro Gempak.
Diana berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single solo pertamanya bersama Warner Music Malaysia iaitu Tentang Kita, di Neway Karaoke, One Utama, baru-baru ini.
Tambah Diana, impian tersebut telah mendapat sokongan daripada suaminya, Farid Kamil yang mengakui mempunyai pandangan sama dengannya.
"Kami mempunyai pandangan dan pemikiran yang sama dalam menentukan hala tuju perjalan kerjaya untuk tempoh 10 tahun akan datang," jelasnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live