Berita

"Mengkhianati Kepercayaan Isteri? Tidak Sama Sekali!” - Alif Satar

gempak
Rozaimi Zubaidi
02/02/2018
02:41 MYT
Sponsor Banner
"Mengkhianati Kepercayaan Isteri? Tidak Sama Sekali!” - Alif Satar
Penyanyi dan pengacara Alif Satar mengakui isterinya tidak pernah meletakkan syarat tertentu untuk membenarkan dia berlakon dengan artis perempuan lain kerana cemburu.
Menurut Alif, 28, isterinya Shadila Halid, merupakan seorang insan yang amat memahami kerjaya seninya dan sentiasa menyokong apa sahaja yang ingin dilakukan.
"Alhamdulillah, setakat ini isteri saya tidak pernah meletakkan apa-apa syarat untuk saya berlakon dengan mana-mana artis perempuan.
"Sebaliknya, isteri sentiasa menyokong dan menasihati saya supaya keluar daripada zon selesa kerana ingin kerjaya saya lebih berkembang.
"Kepercayaan adalah penting dalam kehidupan rumah tangga jadi saya tahu tugas saya adalah mencari rezeki untuk keluarga.
"Jadi saya tidak mahu mengkhianati kepercayaan isteri kerana dia juga sanggup meninggalkan kerjaya dan menjaga dua orang anak perempuan kami," katanya kepada Astro Gempak.
Aliff berkata demikian ketika ditemui pada majlis An Evening With Alif Satar di Timbre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, Alif telah menyanyikan enam lagu iaitu Feel Good, Versace on the Floor, Perfect, Akhiri Penantianku, Lelaki Seperti Aku dan Sesungguhnya Aku.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live