Netizen melahirkan rasa kurang senang terhadap sepotong video tular yang menampilkan segerombolan lelaki bergambar mesra dengan seorang wanita bertudung di sebuah restoran baru-baru ini.

Menerusi video berkenaan, kelakuan lelaki-lelaki tersebut yang bergambar beramai-ramai dengan wanita yang digelar ‘Kakak Kedai Tom Yam’ itu dilihat sebagai kurang molek dan tidak sepatutnya berlaku.

Pada video yang dimuat naik semula di Twitter itu, pemilik asalnya menulis kapsyen berbunyi: “Serangan gagak hitam.”

Meninjau pula ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan berbeza terhadap situasi berkenaan.

“Jadi perempuan tu biarlah berkelas sikit. Aduh sana pegang sini pegang boleh nyengeh tah kenal tah tidak bangga pulak tu.”

“Malu aku, yang lelaki kalau itu adik perempuan, mak awak atau pun bini awak - apa rasa, same as wanita tu.”

“Kita biarlah tak ada pasangan. Asalkan tidak jatuhkan maruah diri. Baik lelaki mahupun wanita. Apabila seseorang manusia hilang sifat malu, maka jelaslah dia tidak pelihara sifat mulia itu. Kerana sifat malu sebahagian dari iman.”

“Aku ni baik tu taklah. Tapi mengucap panjang jugak tengok video ni. Perempuan tu famous sebelum ni sebab suka tayang aset dia dekat socmed. Dia ada kedai jual air buah. Tu kedai dialah tu. Kau tengoklah lelaki-lelaki yang datang tu buat apa dengan dia. Dunia makin parah.”