Hiburan
"Meninggal Dalam Keadaan Menangis & Hidungnya Berpeluh ..." - Ibu Sandra Tepis Dakwaan Anak Mati Katak
Ibu kepada bintang Big Stage 2020 Sandra Dianne, Nor Syakinah Abdullah terkilan dengan seorang netizen yang meninggalkan komen biadab dengan mengatakan kematian anaknya sebagai mati katak.
Menurut Syakinah, arwah Sandra pulang ke rahmatullah dalam keadaan baik dan dipermudahkan.
"Terima kasih kerana anda sudi komen walaupun komen anda tak sepatutnya di tulis sebegitu.
"Saya tak mau bercerita tentang ini tetapi memandangkan komen anda sinis dan memedihkan hati, sebagai seorang ibu yang kehilangan anak dalam kemalangan yang tragis.
"Ingin saya beritahu ye, anak saya yang awak cakap mati katak tu, meninggal dalam keadaan menangis dan hidungnya berpeluh.
"Wajahnya bersih, tenang seperti orang sedang tidur," tulisnya.
Dalam pada itu, Syakinah mengingatkan untuk menjaga kata-kata bagi menghormati keluarga yang sedang berkabung.
"Keluarga kami sedang berkabung, berhati-hati lah dengan komen-komen anda.
"Saya yakin, Allah tempatkan anak saya di kalangan orang-orang yang di redhai..Insya-Allah," tulisnya lagi.
Sandra Dianne telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 1 pagi tadi setelah enam hari bertarung nyawa akibat kemalangan.
Pada Sabtu lalu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.
Sandra mendapat rawatan di ICU dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.