Kehangatan temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 semakin terasa apabila sebanyak 180 restoran di sekitar Jepun sudah mempunyai sijil halal.

Berita baik ini merupakan salah satu usaha kerajaan dan badan-badan swasta untuk menarik minat lebih ramai pelancong Muslim datang ke Tokyo.

Mensasarkan atlet dan pelancong beragama Islam dari seluruh dunia, 180 restoran tersebut terdiri daripada kedai makanan biasa hinggalah kepada restoran mewah yang menghidangkan sajian tradisi Jepun.

Daging wagyu Jepun antara yang bakal menjadi tumpuan pelancong dan atlet dari Arab kerana keenakkan rasa dan kelembutan dagingnya.



Selain daging wagyu, sushi, ramen dan tempura juga antara makanan popular pelancong Muslim ketika berkunjung ke Jepun.

Antara kawasan tumpuan restoran halal tersebut adalah Shinjuku, Akihabara, Euno, Taito dan Asakusa.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 24 Julai sehingga 9 Ogos 2020.