Laman Utama
“Menjerit-Jerit Kepanasan, Kalau Tak Rentung…”- Wak Doyok Sempat Selamatkan Kucing Dalam Enjin Keretanya
Ikon Fesyen dan pelakon Wak Doyok sempat menyelamatkan kucing yang dipercayai berteduh di dalam enjin kereta miliknya.
Kata Wak Doyok, nasib baik dia segera menyedari kewujudan kucing itu yang sudah mula menjerit-jerit kepanasan.
“Kadang-kadang bukan kita sengajakan. Cuma tidak perasan sahaja. Anak kucing berteduh dalam enjin.
“Mungkin kesejukan mencari tempat berteduh. Nasib aku perasan dia menjerit-jerit kepanasan. Kalau tidak rentung kucing tu,” katanya.
Pelakon bermisai lentik itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Wak memuat naik rakaman videonya membuka enjin kereta di bahu jalan ketika hujan sedang renyai.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap prohatin pelakon itu.
“Wak selalu garang, tapi post ni nampak wak lembut wataknya. Terbaik murah rezeki selalu...,” tulis salah seorang netizen
“Steady ! Wak dah selamatkan nyawa,” puji salah seorang warga maya.
“Kucing pun pandai pilih enjin ye wak,” kata salah seorang pengikutnya.
Dalam masa yang sama pengguna laman sosial itu juga tertanya-tanya bagaimana keadaan anak kucing itu apabila Wak sendiri tidak menunjukkan apa kesudahan dari video berkenaan.
Must-Watch Video