Hiburan
Menyeramkan... Bunyi Guli Ketika Siaran Langsung Program MeleTOP Undang Misteri
Bunyi guli yang didengari ketika program hiburan MeleTOP bersiaran pada malam tadi mengundang misteri.
Bunyi yang muncul ketika pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa sedang menemu bual kumpulan Floor 88 jelas kedengaran.
Anda boleh tonton video di bawah, di minit 0:42
Melihat di ruangan komen video terbabit yang dimuat naik di saluran YouTube rasmi MeleTOP, rata-rata netizen juga menyedari kehadiran bunyi itu dan perkara terbabit mengundang misteri.
Ramai yang mula tampil dengan pelbagai reaksi dan andaian mengenai bunyi guli terbabit.
Menerusi pemerhatian Gempak di laman Twitter, netizen turut berkongsi pendapat serupa.
Ada juga netizen yang mendakwa mereka mendengar bunyi sama ketika program HLive bersiaran.
Bunyi guli di meletop? ? pic.twitter.com/03LrCVU9Pk— Eleanor Calder (@AfdalShahizad) October 23, 2019
Nak dekat 3 kali aku perasan ada bunyi guli siaran langsung kat astro hlive & meletop ?— Hana (@HyeHanaaa) October 22, 2019
— حيلاينا حينري (@shuelofaaa) October 22, 2019
Td ada bunyi guli dkt #MeleTOP aku ingat gimik cte hantu ?— Fauzi (@FauzixEdge) October 22, 2019
Few days ago/yesterday masa h-life pon dengar jugak bunyi guli..now #meletop pula..ada apa?— nor nafisah (@norfienzan97) October 22, 2019
Apakah misteri di sebalik bunyi guli terbabit? Mungkin akan ada jawapannya, sama-sama kita nantikan!Betul ke bunyi guli tu? #MeleTOP— Nurfajarreen ? (@farynsyamsul) October 22, 2019
Must-Watch Video