Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

Gempak
10/09/2024 22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.

Tambah Pak Ya, dia akui ralat dan cuba menebus balik kealpaannya untuk menyantuni ibu tersayang dengan menitipkan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran buat arwah.

BERITA BERKAITAN : "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

BERITA BERKAITAN : TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

BERITA BERKAITAN : "Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

BERITA BERKAITAN : TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session

"Dan itulah yang saya buat sekarang ini yang mana tiap-tiap minggu saya kena habiskan satu juzuk setiap minggu untuk mak saya.


"Memang saya cari masa untuk mak saya. Itulah khidmat kita yang boleh kita buat untuk mak kita yang telah tiada," katanya.

Gagal menahan sebak, Pak Ya turut mengharapkan hal sama buat anak-anaknya.


"Bukan untuk ayah sorang tapi untuk diri sendiri. Kalau kita nak selamat di dunia, kita mesti selamatkan diri kita diakhirat.


"Insyallah kalau kita selamatkan orang tua kita dalam kubur. Insyallah di kubur nanti kita akan selamat," katanya yang menasihati orang ramai untuk tidak berkira dengan orang tua.

Jelasnya lagi, pemberian wang ringgit kepada ibu bapa tidak akan menjadikan seseorang anak jatuh miskin.

"Sebenarnya inilah yang Allah ada cakap... kalau kita berkhidmat untuk orang tua, apa sahaja termasuk wang ringgit atau tenaga Allah akan balas berlipat ganda.

"Jadi jangan takut untuk kita keluarkan wang ringgit untuk mereka. Sekurang-kurangnya kalau kita tak mampu dari segi wang ringgit kita berdoa dan bacalah Al-Quran," tambahnya,

#Ibu #Jaga #Kebajikan #Hidup #Tak #Masa #Menyesal
;