Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Menyundal Dalam Kebun Sawit, Wanita Warga Asing Didenda RM2,800

Gempak
04/07/2024 04:55 MYT
Seorang wanita warga Indonesia didenda RM2,800 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Muar, Johor atas pertuduhan menjalankan aktiviti persundalan dalam pondok di sebuah kebun sawit, bulan lalu.

BERITA TRENDING: Wanita Mengaku Salah Menyundal

BERITA TRENDING: "Takkan Nak Sama Level Dengan Orang Menyundal" - Bekas Isteri Cef Fikree Simpati Nasib Penny Salman

Tertuduh, Ilah Jamilah, 40, yang juga ibu kepada seorang anak membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan melacur di sebuah pondok tidak bernombor dalam kebun sawit, Jalan Paya Panjang, Bukit Pasir, Muar, Johor, pada pukul 7.30 petang, 23 Jun lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menjalankan serbuan ke atas pondok terbabit dan mendapat tertuduh berada di dalamnya.

Turut berada bersama tertuduh dalam pondok itu ialah seorang lelaki warga Bangladesh disyaki pelanggannya.

Hasil pemeriksaan polis menemui beberapa barangan seperti tisu, kondom yang belum dan sudah digunakan, minyak pelincir serta wang lebih RM900.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Arif Marzuki manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhi hukuman denda RM2,800 terhadap tertuduh dan memerintahkan hukuman tiga bulan penjara jika gagal membayarnya.

Tertuduh gagal membayar denda sebelum dibawa ke Penjara Kluang untuk menjalani hukuman penjara.

BERITA TRENDING: Jijik! Ibu Lacur Dua Anak Kandung Kepada Lelaki Warga Asing Dipenjara 75 Tahun

BERITA TRENDING: Kantoi Berkhalwat Dengan Seorang Model Berstatus Isteri Orang, Ifan Seventeen Bakal Berdepan Hukuman


Sumber: Kosmo! Online
#Viral #Mahkamah #Denda #Warga Asing #Menyundal #Ilah #Sawit
;